Wanita Tertua Di Malaysia Meninggal Dunia

REMBAU – Wanita dipercayai tertua di negara ini, Safiah Ujang, meninggal dunia akibat sakit tua pada usia 128 tahun, di rumahnya di Kampung Seberang Batu Hampar di sini, hari ini.

Cucunya, Mohammad Hafiz Abdul Ghani, 29, berkata wanita yang dilahirkan pada 11 Februari 1889 itu, menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga jam 12 tengah hari tadi.

“Arwah sebelum ini menghidap sakit tua, kanser usus dan kesihatannya merosot mendadak sejak tiga minggu lalu.

“Sejak semalam, dia tidak boleh menelan makanan pejal dan hanya makan buah yang lembut seperti limau dan mangga, selain minum susu sahaja,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohammad Hafiz berkata, arwah yang meninggalkan seorang anak tunggal, Abdul Ghani Daud, 74, enam cucu serta 30 cicit 30 akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Seberang Batu Hampar di sini, hari ini.

Dia berkata, neneknya tidak pernah menerima surat rasmi mengiktirafnya sebagai wanita paling tua di Malaysia, tetapi perkara itu dimaklumkan secara lisan oleh Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Sembilan yang berkunjung ke rumahnya beberapa bulan lalu. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.