Video: “Saya Bersyukur Jatuhnya Talak Ini” -Joy Revfa

PETALING JAYA – Pasangan kontroversi, Hafiz Hamidun dan usahawan kosmetik Joy Revfa sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari semalam.

Lafaz cerai dibuat selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Hafiz, atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Hamidun pada 12 Oktober lalu.

Hafiz memfailkan permohonan tersebut pada 12 Oktober lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 setelah lima bulan menempuhi alam perkahwinan dengan Joy Revfa.

Berdasarkan notis permohonan tersebut, antara alasan penceraian yang dikemukakan adalah tiada lagi persefahaman antaranya dengan Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd. Amin, 30, dan tiada lagi kebahagiaan dalam rumah tangga mereka.

Menurut Joy Refva, dia bersyukur setelah jatuhnya talak itu dan mereka akhirnya sah bercerai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.