Video: Pencuri Dibelasah Pondan

Satu rakaman video yang menunjukkan seorang lelaki dibelasah oleh pondan telah menjadi viral di media sosial. Kejadian itu dikatakan berlaku di Sabah.

Suspek yang dipercayai berusia lingkungan 20-an dikatakan memecah masuk ke rumah mangsa sebelum mengambil telefon bimbitnya.

Menerusi rakaman berdurasi dua minit 30 saat itu, lelaki berkenaan merayu kepada pondan terbabit supaya tidak memukulnya, namun tidak dihiraukan.

Pukulan itu mengakibatkan suspek berlumuran darah.

“Kenapa kau lari? Binatang kau, kau kasi keluar telefon aku, kau kasi keluar!” ujar pondan berkenaan yang kemudian disusuli tendangan ke arah suspek.

Tidak beberapa lama, tampil seorang lelaki berbadan sasa meminta pencuri itu menyerahkan telefon bimbit mangsa sambil memberikan amaran supaya tidak mengulangi perbuatan itu lagi.

“Jangan mencuri di kawasan sini lagi ya, lari lah kau laju-laju,” katanya.

Suspek kemudiannya beredar sambil menangis teresak-esak. Mungkin gembira kerana dibebaskan dan selepas ini diharapkan suspek akan insf serta tidak mencuri lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.