Misteri Pemberian Kek Red Velvet Buat Suami Orang Jadi Tular

Selepas berita mengenai dua orang pelakon berstatus suami orang, Hisyam Hamid dan Fikhree Bakar menerima sepotong kek red velvet bersama sekeping nota disiarkan semalam, Astro Gempak menerima satu kiriman e-mel.

E-mel dengan subjek ‘Rakaman CCTV H’ itu disertakan dengan sebuah potongan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV), lapor Gempak.

Menerusi video tersebut, kelihatan kelibat seorang wanita yang berada dalam keadaan mencurigakan meninggalkan sebuah bungkusan di hadapan rumah.

Bungkusan tersebut dipercayai mengandungi kek red velvet bersama sekeping nota dan ditinggalkan di hadapan rumah salah seorang pelakon tersebut.

Kejadian ini menimbulkan lebih banyak tanda tanya, siapakah sebenarnya gerangan H yang menghantar sepotong kek red velvet bersama sekeping nota kepada pelakon yang berstatus suami orang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.