‘Sikit-Sikit Tanya Mana Suami’ – Zarina Zainuddin

Sebut sahaja nama Azil dan Azal pasti semua orang kenal dengan dua orang anak istimewa ini. Mereka merupakan anak kepada pelakon wanita terkenal, Zarina Zainuddin.

Zarina sering berkongsi video anak-anaknya ini dan mereka merupakan pesakit Autism. Ramai yang gemar menonton video telatah mereka ini.

Terbaru menerusi akaun Instagram Zarina sendiri, dia ada berkongsi luahan rasa, di mana ada segelintir netizen yang mempersoalkan tentang suaminya.

“Kalau nak tahu sepanjang ketiadaan saya shooting atau jual pulut kuning suami saya yang banyak membantu menjaga anak2 tapi harus ingat satu saya isteri kedua kadang suami ada kadang suami tiada dan tk perlu saya nak tayang suami saya sebab saya berkongsi suami orang..harus respect hak orang..

“Susah nak fahamkan orang sikit2 tanya mana suaminya mana suaminya..Zarina ni janda ke ?

“Ayoooo..suami saya sorang dari umur 22 tahun saya kawin sampai sekarang umur saya dah 47 tahun..itu lah suami dunia akhirat saya..#autismawareness #azilazal #azil,” tulis Zarina di ruang kapsyen video yang dikongsi, lapor MH.

Kalau nak tahu sepanjang ketiadaan saya shooting atau jual pulut kuning suami saya yang banyak membantu menjaga anak2 tapi harus ingat satu saya isteri kedua kadang suami ada kadang suami tiada dan tk perlu saya nak tayang suami saya sebab saya berkongsi suami orang..harus respect hak orang.. Susah nak fahamkan orang sikit2 tanya mana suaminya mana suaminya..Zarina ni janda ke ? Ayoooo..suami saya sorang dari umur 22 tahun saya kawin sampai sekarang umur saya dah 47 tahun..itu lah suami dunia akhirat saya.. #autismawareness #azilazal #azil
A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on Oct 25, 2017 at 12:59am PDT

Rata-rata pengikutnya memberikan kata-kata semangat buat Zarina di ruangan komen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.