Rakan Sokong Gadis Cantik Ini Diganggu Bos Gila Seks Ditempat Kerja

Gangguan seksual di tempat kerja bukanlah suatu perkara yang baru terutamanya di kalangan pekerja wanita. Tetapi, ramai mangsa yang hanya mendiamkan diri dan tidak mahu mengambil sebarang tindakan terhadap gangguan yang diterima oleh mereka semasa di tempat kerja.

Namun, bagi Emily Houser, pengalaman beliau diganggu oleh bosnya yang gila seks sememangnya menjadi sebuah mimpi yang mengerikan.

 

 

Berbeza dengan mangsa-mangsa yang lainnya, Emily Houser telah bertindak untuk tidak mahu berdiam diri dan telah mengambil keputusan untuk membalas perbuatan bosnya itu.

Remaja yang baru berusia 18 tahun ini telah bertindak untuk melaporkan kelakuan bosnya, Josh Davidson kepada pihak pengurusan.

Ketika dia baru bekerja di restoran Chili’s di Whitewall Pennsylvania, semasa umurnya baru saja mencecah 16 tahun, pengurus restoran tempatnya berkerja itu telah menunjukkan minatnya terhadap Emily.

Josh pada mulanya datang ke rumah dan sekolah Emily untuk memberi hadiah dan juga berbual dengan cara tidak senonoh. Pengalaman ngeri ini berpanjangan selama tempoh dua tahun.

Apabila Emily menunjukkan bahawa dia tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap Josh, dia mula melayan Emily dengan cara yang kurang baik dan mula membuat perkara sama pada perempuan muda lain pula.

Tidak selesa diperlakukan sedemikian, Emily kemudiannya telah melaporkan sikap bosnya kepada ibu pejabat korporat Chili’s dan Josh dipindahkan ke cawangan lain.

Tetapi yang anehnya, rakan-rakan sekerja Emily tidak memihak kepadanya, sebaliknya mereka mengadakan sebuah majlis untuk menyatakan sokongan mereka kepada Josh. Mereka juga menempah sebiji kek yang bertuliskan kata-kata kesat kepada Emily. Gambar kek tersebut kemudiannya telah dimuatnaik ke laman media sosial dengan menggunakan hashtag ‘#teamjosh’.

Sebaik saja mengetahui perkara tersebut, Emily telah bertindak untuk melaporkan majlis tersebut kepada ibu pejabat syarikat tempat beliau bekerja dan Josh kemudiannya telah dibuang kerja.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.