Pakatan Harapan Tukar Nada, Dulu Mahu Mansuh PTPTN, Sekarang Lain Pula

Ketika berkempen pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) lalu, pembangkang telah berjanji untuk melaksanakan pendidikan percuma sehingga ke peringkat pengajian tinggi termasuk menghapuskan pinjaman di bawah skim Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Janji yang mereka berikan itu memang manis dan siapa yang tidak mahu jika hutang PTPTN dihapuskan. Namun mereka membuat janji berkenaan tanpa memikirkan bagaimana dan apakah mekanisme yang akan diambil untuk mendapatkan wang, jika semuanya percuma.

Namun kali ini, menjelang PRU-14, Pakatan Harapan (PH) tidak lagi menjanjikan penghapusan pinjaman PTPTN seperti yang terkandung dalam buku jingga itu.

Jika dulu mereka berjanji akan menghapuskan PTPTN namun kini mereka hanya mencadankan untuk menangguhkan pembayaran PTPTN kepada graduan baru yang bergaji kurang RM4,000.

Persoalannya kini, di mana janji mahu hapuskan pinjaman PTPTN dulu? Memang cakap tak serupa bikin.

Hakikatnya PTPTN yang diluluskan pada 1996 merupakan satu badan yang menyediakan kemudahan kepada pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi.

Ia juga adalah satu kemudahan dan bukan pula sesuatu yang membebankan seperti yang dikatakan oleh pembangkang.

Kenapa pembangkang menukar rentak pula? Dulu orang yang paling lantang bercakap mengenai pendidikan percuma adalah Rafizi Ramli.

Dulu beliau juga yang mencanangkan agar PTPTN dimansuhkan. Hakikatnya jika pendidikan percuma diwujudkan, pelajar universiti dari keluarga berpendapatan rendah tetap memerlukan duit saku bagi tujuan menyara kehidupan mereka ketika belajar.

Tanpa pinjaman PTPTN, di mana mereka hendak mendapatkan wang untuk duit saku itu. Itulah kegunaan PTPTN, ia merupakan sesuatu yang cukup besar kepada golongan berpendapatan rendah.

Dan apabila kita bercakap mengenai pendidikan percuma, adakah ia percuma? Yang pasti seseorang kena bayar, jadi siapa yang bayar?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.