Lelaki Tiada Tangan Tinggal Bersama Ibunya Yang Lumpuh, Pengorbanannya Buat Netizen Tersentuh

Biasanya orang akan hidup berasingan dengan ibu bapa mereka apabila mereka mula bekerja dan mahu menampung diri mereka sendiri. Terutama jika telah mempunyai keluarga sendiri dan sibuk bekerja. Namun, ada beberapa pula yang tetap tinggal bersama orang tua kerana suatu keadaan.

Seperti lelaki yang berasal dari Chongqing, China ini yang tinggal bersama ibunya yang lumpuh. Dilaporkan dari Elite Readers, Chen Xinyin (48) kehilangan kedua belah tangannya akibat terkena kejutan elektrik teruk  pada usia 7 tahun.

Chen Xinyin

Chen kemudian mula belajar mengatasi kesukarannya untuk meneruskan hidup tanpa bergantung pada orang lain.

Chen Xinyin

Pada umur 14 tahun, dia mula belajar bertani. 6 tahun kemudian, bapa Chen meninggal dunia. Dia juga mengambil alih peranan sebagai tulang belakang keluarganya.

Chen Xinyin

Walaupun tidak memiliki tangan, Chen mampu mengerjakan semua pekerjaan rumah. Semua dia lakukan dengan menggunakan kakinya.

Chen Xinyin

Chen juga boleh memasak dan bekerja.

Chen Xinyin

Bertani menjadi pekerjaan yang normal baginya.

Chen Xinyin
Chen Xinyin (Imaginechina)

Chen menyelesaikan semua pekerjaannya hanya dengan menggunakan kaki. Hasil kerjanya pun tak mengecewakan.

Chen Xinyin
Chen Xinyin (Imaginechina)

Bukan hanya kaki, Chen juga memanfaatkan tubuh badannya yang lain untuk melakukan pekerjaan lain

Chen Xinyin
Chen Xinyin (Imaginechina)

Hal yang paling menyentuh hati adalah dedikasi dan cinta Chen untuk ibunya. Ibunya lumpuh dan tidak boleh bergerak. Setiap kali makan Chen akan menyuapi ibunya dengan menggunakan senduk yang dijepit di mulutnya.

Chen Xinyin

Mengejutkannya, apabila jiran melihat Chen dan ibunya, mereka memberitahu Chen supaya berhenti bekerja dan menjadi pengemis. Tapi Chen menjawab, “Aku tidak punya tangan tapi aku punya kaki yang baik. Aku tidak boleh mencari wang dengan menjadi pengemis. ”

Sejak ayah Chen meninggal, adiknya pergi dari rumah untuk mencari pendapatan yang lebih baik. Chen tetap tinggal di rumah menjaga ibunya walaupun dirinya sendiri mempunyai kesulitan.

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.