Kahwin Muda dan Ada Anak, Wanita Ini Sangka Hidupnya Akan Bahagia, Tapi Ternyata Sebaliknya

Ramai orang percaya bahawa anak itu adalah rahmat dari Tuhan. Kehadiran cahaya mata pasti membawa kebahagiaan pada sesebuah keluarga. Mempunyai cahaya mata juga dianggap memperkuat hubungan ibu dan ayah untuk bersatu.

Walau bagaimanapun, ini tidak berlaku kepada seorang wanita muda. Kebelakangan ini, sebuah kisah cinta pasangan muda jadi viral di media sosial. Kisah ini dikongsi oleh seorang perempuan bernama Clarisse Sentorias melalui akaun Facebook-nya. Clarisse adalah seorang wanita yang berkahwin pada usia muda. Namun, dia sering kali terlibat dalam perdebatan dan pertengkaran  dengan pasangannya.

Pada mulanya, Clarisse menyangka bahawa kehadiran anaknya akan menjadi perkara terbaik bagi mereka.

Clarisse Sentorias dan pasangannya

Sayangnya, dugaannya salah. Melalui muat naik yang di tulis, Clarisse mengatakan bahawa seorang bayi tak menjamin sebuah hubungan untuk bertahan selamannya. Di awal curahannya, gadis yang berasal dari Filipina ini mengucapkan terima kasih pada pasangannya. Clarisse bersyukur atas kenangan bahagia yang mereka kongsibersama. Dia juga mengatakan bahawa lelaki itu akan sentiasa berada hatinya.

Walau bagaimanapun, Clarisse akhirnya terpaksa mengakhiri hubungan itu. Clarisse mengaku penat dengan semua kebodohan pasangannya. Walaupun begitu, gadis ini tidak akan mengambil hak bapa kepada anaknya. Clarisse berharap kisahnya akan buka mata semua orang.Clarisse tidak mahu mereka  fikir dia gembira dapat hidup bersama selepas melahirkan anak.

Melalui penulisan ini, Clarisse juga ingin meminta maaf kepada ayah anaknya kerana perlu mengakhiri hubungan mereka.

Keluarga Clarisse Sentorias

Gadis ini mengaku bahawa jika terjadi pertengkaran, dia lah yang selalu meminta maaf terlebih dahulu. Bahkan dia sanggup pergi ke rumah pasangannya itu untuk meminta maaf.Tapi, Clarisse telah sadar bahawa dia perlu lebih menghargai dirinya sendiri. DIa juga ingin memberi tumpuan bagi membesarkan anaknya.

Kisah Clarisse ini memang menyedihkan. DIa mengatakan bahawa ramai orang lambat menyedari kesalahan mereka.  Clarisse ingin menjelaskan bahawa seorang bayi tidak mampu membuatkan sebuah rumah tangga kembali bahagia. Dia juga mengatakan tidak semua lelaki bertanggungjawab ketika menjadi seorang ayah.

Muat turun Clarisse ini viral dan sudah ‘dishare’ lebih dari 8 ribu kali.

Netizen turut mengagumi keberanian Clarisse. Mereka menganggap gadis yang mempunyai satu anak ini berhak mendapatkan masa depan yang lebih baik.

Kisahnya juga dianggap menginspirasi dan banyak dialami oleh masyarakat.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.