Hutan Menyamai Saiz New Zealand Hangus

WASHINGTON – Peningkatan mendadak kebakaran hutan menyumbang kepada kehilangan rimba global menyamai saiz negara New Zealand dalam tahun 2016, kata agensi Pengawasan Kebakaran Hutan Global (GFW) dalam laporannya kelmarin.

Menurut AFP, Statistik Universiti Maryland menyatakan, kebakaran hutan tahun lalu mengakibatkan kemusnahan 51 peratus lebih besar berbanding 2015 dengan rimba seluas 29.7 juta hektar hangus, lapor Kosmo.

Kemusnahan besar itu antara lain berpunca daripada perubahan iklim yang mengakibatkan beberapa bahagian di dunia mengalami kenaikan suhu dan kemarau sekali gus meningkatkan risiko kebakaran hutan, kata GFW.

Fenomena cuaca El Nino 2015-2016 yang merupakan antara terburuk pernah berlaku, turut memainkan peranan dengan mengakibatkan cuaca kering terutamanya di kawasan tropika.

Banyak kawasan tropika secara semula jadinya tidak cenderung berlaku kebakaran tetapi risiko bencana meningkat berikutan kelemahan dalam aspek pengurusan dan faktor El Nino.

Kebakaran di Brazil dan Indonesia adalah antara yang menyumbang kepada kemusnahan hutan pada 2016. Tahun ini pula, kebakaran hutan sekali lagi memusnahkan rantau di Portugal dan Califonia.

Di Brazil, rantau Amazon kehilangan litupan hutan seluas 3.8 juta hektar pada tahun lalu, tiga kali ganda lebih luas berbanding 2015.

Portugal pula menyaksikan sekitar empat peratus hutannya terbakar pada 2016, peratusan tertinggi berbanding mana-mana negara lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.