Hefny Serius Dengan Uqasha

Selepas hampir setahun berkawan rapat dengan pelakon Uqasha Senrose, pengacara Hefny Sahad mendedahkan hubungan mereka kini semakin serius.

Malah, pasangan itu sudah bertemu dengan keluarga masing-masing perbincangan sesama sendiri sudah dibuat untuk mengikat tali perhubungan mereka ke peringkat selanjutnya.

“November ini genaplah setahun kami berkawan dan setakat ini tiada sebarang masalah pun.

“Sudah tentu kami mengharapkan ke tahap lebih serius dan stabil, cuma buat masa sekarang belum ada sebarang perkhabaran baik untuk dikongsikan.

“Memang sudah ada perbincangan antara kami cuma tiada kata putus berkenaan tarikh untuk sebarang majlis.

“Apa yang boleh saya katakan hubungan kami semakin serius,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media Separuh Akhir Muzik-Muzik 32 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur semalam.

Hefny bakal mengacarakan Separuh Akhir Muzik-Muzik bermula 29 Oktober hingga 12 November ini bersama Sherry Al-Hadad.

Menjejak semula hubungan antara Hefny dan Uqasha Senrose, kedua-duanya mulai rapat selepas berbalas komen berbaur cemburu di Instagram sejak setahun lalu.

Ketika itu Hefny memuatnaik gambarnya bersama Diana Danielle di Instagram.

Hefny dan Uqasha mengenali satu sama lain sejak 2012 namun semakin akrab sejak 1 November 2016.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.