Gara-Gara Hidup Susah, Wanita Rohingya Nekad Jadi PSK (Pekerja Seks Komersial)

Lebih 600,000 warga Rohingya telah melarikan diri ke Bangladesh akibat konflik keganasan yang berlaku di Rakhine, Myanmar, sejak Penghujung Ogos Lalu.

Namun keadaan pelarian yang terlampau padat dengan makanan dan minuman yang terhad, telah membuatkan ramai pelarian mengalami kemurungan. Mereka memutuskan untuk mengambil jalan pintas.

Di Kutupalong, Ukhia, tempat perlindungan terbesar di Bangladesh, sindiket pelacuran dikatakan telah berkembang.

Kebanyakan pekerja seks yang terlibat adalah penduduk lama di tempat perlindungan pelarian di Bangladesh itu. Namun ketibaan puluhan ribu wanita pelarian baru dijangka meningkatkan lagi sindiket pelacuran.

“Terdapat sekurang-kurangnya 500 wanita Rohingya yang menjadi pekerja seks komersial (PSK) di Kutupalong,” kata Noor, seorang germo.

Menurut Noor, kebanyakan PSK tersebut sudah hidup bertahun-tahun di tapak perlarian yang dibina sejak 1992. Kini bapa ayam memburu pula pendatang baru.

“Mereka bertindak seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku, pelacur akan bertemu pelanggan mereka di luar kem pelarian,” kata Noor.

Noor menambah komuniti pelacuran mengekalkan kerahsiaan aktiviti mereka untuk menjaga nama baik pelacur.

Kebanyakan pekerja seks ini adalah kanak-kanak dan remaja yang tidak makan lebih daripada sekali sehari dan tidak dapat pergi ke sekolah. Mereka bekerja di tempat yang tidak disedari oleh ibu bapa mereka.

“Saya sanggup buat apa sahaja untuk terus hidup, saya tidak mempunyai pilihan,” kata Romida yang berusia 26 tahun dan menjadi pelacur.

“Romida menetapkan harga 200 taka Bangladesh (RM10.30) untuk ‘layanannya’. Jika ada yang tahu apa yang kami lakukan, kami pasti akan dibunuh,” katanya kepada AFP.

Lisa Akero dari Persekutuan Palang Merah Antarabangsa (IFRC) berkata industri perdagangan manusia akan terus berkembang jika mekanisme berterusan dan bantuan kemanusiaan tidak diberikan.

“Sekiranya agensi kemanusiaan tidak dapat menyediakan keperluan asas bagi orang-orang ini, risiko penyeludupan manusia akan terus berkembang,” jelasnya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.