Gagal Ujian Doping, Wendy Ng Pulang Kembali Pingat Emas Sukan SEA

PETALING JAYA – Penerjun negara, Wendy Ng Yan Yee akan mengembalikan pingat emas yang dimenanginya pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Ogos lalu selepas gagal ujian doping.

Sampel B milik Wendy juga diuji positif dadah sibutramine, sejenis perangsang yang biasa dijumpai dalam produk pelangsingan tetapi disenaraikan sebagai bahan terlarang oleh Agensi Anti Doping Dunia (Wada).

Wendy, 24, mewakili negara beraksi dalam acara 3 meter papan anjal individu pada Sukan Olimpik di Rio tahun lalu, berada di New Delhi sejak dua minggu lalu bagi melihat sampel B beliau dibuka dan diuji.

Setiausaha Kehormat Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM), Mae Chen mengesahkan bahawa ia telah dimaklumkan tentang keputusan sampel B tersebut pada pagi Khamis (26 Oktober) tetapi enggan mengulas ketika ini sehingga dimaklumkan kepada presiden persatuan, Datuk Seri Shahidan Kassim. – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.