Gadis Ini Minta Kekasihnya Pura-Pura Goda Sahabatnya, Endingnya Lain Yang Jadi!

Kepercayaan dalam setiap hubungan sangat diperlukan. Namun kadang kala, lain yang berlaku.

Jika kecurangan terbukti, maka memasang kamera tersembunyi adalah keputusan yang tepat. Tetapi jika kecurangan tidak terbukti, tindakan tersebut  boleh membuat hubungan rosak kerana dianggap tidak ada rasa kepercayaan.

Inilah yang dilakukan oleh seorang wanita bernama Kelsey.

Dia ingin menguji kesetiaan sahabatnya sekaligus teman lelakinya. Kelsey ingin mengetahui apakah sahabatnya, Britney, adalah wanita yang setia.

Oleh itu, Kelsey meminta teman lelakinya Sam, untuk berpura-pura menggoda Britney. Aksi ini dirakamkan oleh YouTuber ” To Catch a Cheater” .

Kelsey menjelaskan:

“Saya rasa Britney tidak boleh dipercayai. Dia  seorang gadis yang suka berjumpa dengan lelaki yang sudah mempunyai teman wanita. Semua lelaki yang dia temu janji telah mempunyai teman wanita.

Tidak lama kemudian, pertemuan diatur untuk Sam dan Britney di sebuah kafe.

Sam dan Britney

Pada masa yang sama, Kelsey melihat rakaman dari lokasi yang berbeza. Topik perbualan  antara Sam dan Britney dimulai dengan pesta ulang tahun Britney. Sam mula menawarkan untuk memberinya hadiah.

Sam dan Britney

Britney kemudian berkata, “Kau tahu aku suka kan kau?. Aku harap aku dapat jumpa lelaki sepertimu.”

Sam menjawab, “Aku  berhasrat untuk putus dengan Kelsey. Jika aku putus sekarang, adakah kau mahu jadi kekasihku?”

Kelsey merasakan momen selanjutnya bukan yang sepatutnya berlaku.

Sam dan Britney

Sam pun akhirnya mencium Britney disaksikan oleh Kelsey.  Melihat keadaan itu, Kelsey terus menghubungi Sam.

 

Sam bagaimanapun tidak mengaku salah sebaliknya menyalahkan kekasihnya.

“Bukannya ini yang kau inginkan? Kau melakukan ini semua untuk kami berdua kan?” marah Sam,

Kata-kata kasar mula keluar antara kedua-dua mereka yang menandakan hubungan mereka akan berakhir.

Lihat video ini:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.