Farid Kamil Tak Halang Anak Berlakon

Pelakon filem Tombiruo – Penunggu Rimba, Farid Kamil akui tidak menghalang anaknya, Muhammad, 3, untuk berlakon sekiranya berminat ke arah bidang seni.
 
Bagaimanapun kata Farid, dia lebih mengutamakan aspek pembelajaran terlebih dahulu sebelum membenarkan anaknya bergiat aktif dalam bidang seni.
 
“Saya tak halang dia nak jadi apa asalkan dia menjadi orang yang mampu menyumbangkan sesuati kepada negara, itu pun dah cukup pada saya.
 
“Andai kata Muhammad ingin masuk industri pun biarlah dia bersedia dari segala segi. Bagi saya perkara utama yang saya ingin terapkan adalah pelajaran.
 
“Selepas itu barulah kita fikirkan tentang perkara itu,” katanya lapor Gempak.
 
Mengulas mengenai Tombiruo, Farid menyatakan rasa bertuah kerana diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada karakter filem hebat tersebut.
 
“Pada saya pembikinan filem ini diambil serius dan itu antara perkara yang membuatkan saya terima tawaran tersebut.
 
“Persiapan untuk filem ini juga melebihi enam bulan, bermula daripada perbincangan karakter sehinggalah penggambaran berlangsung.
 
“Saya rasa sangat bertuah kerana diberi peluang untuk terlibat dalam filem ini dan melakonkan watak sebagai Amiruddin,” ujarnya.
 
Selain Farid, Tombiruo juga turut dibintangi oleh Zul Ariffin, Nabila Huda, Faye Kusairi dan ramai lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.