Eina Azman Bidas Kenyataan Netizen

Nampaknya sejak berkahwin Datin Paduka Eina Azman semakin bahagia dan berseri-seri. Tambah lagi dikurniakan dua cahaya mata kembar yang comel, Karl Kareef dan Arianna Aubrey.

Eina dilihat begitu mewah setelah berkahwin dengan jejaka pilihan hati, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden.

Namun, baru-baru ini ada yang menyelar suaminya tidak mempunyai rupa. Bahkan ada juga yang menulis mengenai kajian bahawa ‘wanita cantik lebih bahagia berkahwin lelaki kurang kacak’.

Walaupun ia kajian umum, ada yang menggunakan gambar Eina dan suaminya sebagai contoh yang diperkatakan, bagaimanapun, Eina telah membidas segala tohmahan yang diterimanya selama ini dan berkata orang luar tidak tahu apa yang berlaku dalam hidupnya dan tidak sepatutnya menghakimi kehidupannya, seperti memetik MH.

“You all tahu ke macam mana saya kenal macama mana husband I. You all tahu ke duit husband I banyak mana. Kurang ke, banyak ke. You all tak tahu, so you all tak perlu nak judge orang.”

Menurut Eina, walaupun ada yang mengatakan suaminya seiras Ebby Yus dan juga membangkitkan soal bangsa dan warna kulit suaminya, namun, di matanya suaminya seorang lelaki yang kacak.

Eina juga sempat menjawab mengenai netizen yang mempersoalkan agamanya apabila menyambut perayaan Deepavali bersama suami tempoh hari.

“Saya kahwin dengan orang mix, bangsa lain. So, saya kenalah menghormati agama dia (suami). Saya cuma memakai pakaian tradisi .Bukan saya pergi sembahyang kat kuil ke apa.” ujarnya

Selain itu, dia juga membidas kenyataan yang mengata bahawa dia kelihatan cantik kerana mempunyai wang.

Menurutnya, dia berusaha untuk kelihatan cantik dan wang yang banyak juga tidak berguna sekiranya tiada usaha untuk mencantikkan diri.

Malah, Eina turut memberitahu bahawa dia yang akan menyediakan sendiri barang-barang keperluan suami dan anak-anaknya sekiranya mereka hendak bercuti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.