1MDB Jawab Dakwaan Mengelirukan Dari Tony Pua

Sememangnya sudah dijangka seperti apa yang terjadi sebelum ini, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua akan mencipta isu dalam usahanya memutarbelit kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pelaburan 1MDB.

Menerusi satu kenyataan terperinci – demi meyakinkan pembaca penulisannya benar – Tony mendakwa 1MDB sebuah syarikat kosong yang terbeban dengan hutang RM40 bilion dan beliau optimis syarikat pelaburan dibawah seliaan Kementerian Kewangan itu tidak akan berjaya melunaskan hutang tersebut.

“Bagaimana 1MDB “diatas landasan untuk kembali mencatatkan keuntungan”? Jika ini bukan cubaan melampau Perdana Menteri untuk mencipta “berita palsu”, maka apakah ia?” kata Tony mengulas visi ekonomi Najib sempena Bajet 2018 yang akan dibentangkan di Parlimen pada Jumaat.

Jauh panggang dari api, begitulah perumpamaan yang cuba disampaikan 1MDB dalam kenyataan balas kepada Tony.

“Tony mendakwa 1MDB kini sebuah “cengkerang kosong” menanggung hutang “RM40 bilion. Didalam cubaannya untuk memesongkan rakyat, beliau mudah lupa untuk menekankan bahawa Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang dianggotai oleh beliau sendiri, yang mencadangkan sejumlah besar aset 1MDB dipindahkan dari 1MDB kepada Perbadanan Kementerian Kewangan (MOF Inc.).

“Perpindahan aset antara lain termasuk, TRX, Bandar Malaysia, tanah Pulau Indah, dan tanah Air Itam, 1MDB akan menerima pembayaran, berkala.

“Pembayaran berkenaan, beserta aset kewangan semasa, akan digunakan untuk mencapai prinsip dan faedah baki tanggungan 1MDB, yang sebahagian besarnya terdiri daripada hutang jangka panjang dan hutang sukuk berjumlah kira-kira RM32.5 bilion pada tukaran mata wang semasa, dan bukannya RM40 bilion disebut oleh Tony,” jelas 1MDB menerusi satu kenyataan kepada media.

Menjawab persoalan bila 1MDB akan mencatatkan keuntungan, syarikat berkenaan sekali lagi kembali mengingatkan Tony selaku ahli PAC untuk membaca semula muka surat 80, laporan jawatankuasa berhubung isu 1MDB.

“Maklumat pada muka surat 80 dibentangkan kepada PAC (yang dianggotai Tony) dan memberikan maklumat jangkaan aliran tunai masa depan berkaitan program rasionalisasi 1MDB, yang menunjukkan lebihan kira-kira RM3 bilion dijana secara berkala,” jelas syarikat itu lagi.

Tony turut menyentuh pelaburan 1MDB didalam sektor kuasa yang disifatkan sebagai satu kerugian kerana melupuskan pegangan didalam  China General Nuclear (CGN) dengan harga RM9.3 bilion sedangkan nilai ketika ianya dibeli adalah RM12.1 bilion.

“Sepanjang tempoh pemillikan, kira-kira RM2.18 bilion telah dijana dalam bentuk dividen, yang sebahagian besarnya digunakan untuk membayar faedah mendapatkan hutang,” jelas 1MDB sambil menyifatkan Tony sengaja mencipta kesalahan demi menjejaskan imej syarikat.

Petikan kenyataan Najib berhubung peranan 1MDB dalam ekonomi MalaysiaPetikan kenyataan Najib berhubung peranan 1MDB dalam ekonomi Malaysia

Tegas 1MDB, syarikat kini hampir mencapai keuntungan didalam pelaburan tenaga kuasa sunggupun pembangkang secara terus menerus melancarkan kempen sabotaj terhadap 1MDB.

“Hasil penglibatan 1MDB, Perjanjian Pembekal Tenaga (PPA) di pelan baru dan pelan lama telah menurunkan tarif (elektrik) antara 1-2 per KW/H dan 1MDb merupakan pembida terendah dalam kesemua tender dan telah memenanginya.

“Ini menghasilkan penurunan kos tarif PPA secara keseluruhan kepada TNB, yang merupakan satu-satunya pembeli dibawah kesemua PA, dan menyumbang terus kepada tarif elektrik.

“YB Tony perlu berhenti mengelirukan rakyat, dan menerima hakikat bahawa sabotaj ekonomi tidak patriotik oleh pembangkang terhadap 1MDB demi kepentingan politik telah gagal,” kata 1MDB merumuskan kenyataannya.

Anda boleh membaca kenyataan 1MDB membidas tuduhan Tony Pua di sini. – mD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.