Video : Marah Dengan PM, Kami Keluar Dewan – Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR –  “Marah dengan PM, kami keluar dewan,” kata Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang selepas diminta mengulas kejadian ahli parlimen keluar dewan rakyat beramai-ramai semasa pembentangan Bajet 2017, Jumaat lalu.

 

Beliau berkata, tindakan itu adalah kerana kemarahan kepada Perdana Menteri dan menafikan perkara itu dirancang seperti yang didakwa oleh speaker dewan, semalam.

 

“Ia bukan dirancang, tetapi disebabkan kami marah dengan PM,”katanya yang mendakwa tindakan ketua negara itu mencuri merompak dan menyamun harta rakyat.

 

 

Terdahulu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, beliau mengetahui lebih awal plot pembangkang untuk keluar Dewan Rakyat pada pembentangan Bajet 2017, Jumaat lalu.

 

Menurutnya, beliau mendengar ura-ura tindakan itu sehari sebelum pembentangan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

 

Beliau berkata demikian ketika menjelaskan kepada Ahli Parlimen berhubung larangan perbincangan mengenai tindakan sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) kerana bersifat subjudis selepas sesi soal jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat, semalam.

 

Tindakan keluar dewan berlaku selepas Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) membangkitkan sama ada isu DoJ boleh dibincangkan pada sesi perbahasan.

 

Pembentangan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri Jumaat lalu dicemari tindakan Anggota Parlimen pembangkang yang mempamerkan plakad dan bertindak keluar dari Dewan Rakyat.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.