Video : Bajet Diterima Bukan ‘Bajet Pilihan Raya’ – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR – Kementerian Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menerima peruntukan keseluruhan sebanyak 9 bilion dalam pembentangan bajet kali ini.

 

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bajet yang diterima kali ini lebih memberi tumpuan kepada sentuhan rakyat dan projek yang bakal disiapkan dalam masa singkat.

 

 

“Bajet yang diterima kali ini lebih memberikan tumpuan kepada sentuhan rakyat dan projek yang bakal disiapkan segera,”katanya pada sidang media di sini, petang tadi.

 

Dalam pada itu, mengulas mengenai kementeriannya menerima ‘bajet pilihan raya’ dalam peruntukan Bajet 2017 yang diumumkan Najib pada Jumaat lalu, beliau berkata, tidak ada siapa yang tahu bilakah Pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan berlangsung.

 

Katanya, ia terpulang kepada Datuk Seri Najib Razak menentukan dan mengumumkan bila tiba masanya.

 

“Kita pun tak tahu bila pilihan raya, saya tak anggap ini bajet pilihan raya dan sebagainya. Tidak ada siapa yang tahu bila pilihan raya, kalau pilihan raya 2018 akan ada bajet yang satu lagi.

 

“Tapi apa yang saya sentiasa sebut KKLW sentiasa beri cadangan kepada kerajaan beri peruntukan pada projek untuk terus beri pada rakyat tanpa perlu tunggu lama,” katanya kepada pemberita dalam sidang media khas mengenai bajet di 1Sentral, Kuala Lumpur.

 

Sebelum ini, Najib menyangkal dakwaan Bajet 2017 untuk meraih kepentingan agenda politik jangka pendek dalam menghadapi PRU-14 seperti yang dilaporkan pembangkang.

 

Katanya, bajet 2017 adalah ‘bajet komitmen’ untuk memacu pertumbuhan ekonomi.

 

Dalam perkembangan lain, Ismail berkata Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan meneruskan pemberian biasiswa sekali gus menafikan khabar angin bahawa pihaknya akan menghentikan tajaan tersebut.

 

“MARA sebenarnya masih meneruskan tajaan pelajar seperti tahun dahulu. MARA tak pernah hentikan tajaan pelajar cuma ada sedikit perbezaan dari segi pendekatan.

 

Katanya, dari dulu, pihaknya akan memberi tajaan dan tidak melihat dari segi pendapatan keluarga.

 

“Seperti kerajaan beri biasiswa dan pinjaman kepada pelajar bagi kurangkan bebanan kepada keluarga,”katanya yang mengakui terdapat syarat baharu yang akan dikenakan dengan melihat terlebih dahulu pendapatan setiap keluarga pelajar tersebut.

 

Katanya, syarat yang baharu di perkenal itu akan memberi biasiswa penuh kepada pelajar yang pendapatan ibu bapanya sebanyak RM8,000 sebulan.

 

Bagi pendapat RM8,000 hingga RM15,000 sebulan separuh biasiswa akan diberikan.

 

Manakala bagi gaji yang melebihi RM15,000 dan ke atas pihak MARA akan membantu pengambilan pinjaman dari bank panel badan dan faedah akan ditanggung oleh MARA.-SuaraTV

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.