Tragedi HSA, Stesen TV Lahanat – Azwan Ali

Ekoran daripada tragedi kebakaran yang melanda Hospital Sultanah Aminah semalam, Selebriti kontroversi, Azwan Ali tampil menempelak sebuah stesen televisyen yang dilihat tidak menghormati situasi yang berlaku.

 

Hal ini kerana stesen televisyen berkenaan mempaparkan rancangan berbentuk gosip ketika negara sedang dilanda musibah.

 

Justeru, Azwan ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA memuat naik satu video di dalam akaun Intagram miliknya dan menempelak stesen tv berkenaan.

 

“Orang tengah bersedih negara dilanda musibah, kau tak habis-habis M hanjing kepala bapak ko, cerita-cerita aib celah kangkang yang tak bawak hasil,” katanya dalam video tersebut.

 

Muat naik video tersebut disertakan dengan satu ‘caption’ yang menempelak stesen tv berkenaan.

 

“#CARUTANterPAKSA #VideoVIRALdivaAA Tajuk negara sedang dilanda musibah, ko tak hehabis M hanjing #KEPALAbapak ko! #MUHASABAH la wei #PUI #TUTUPtv lahanat punya station tv, tak peka langsung!” ujarnya.

 

Walaubagaimanapun Azwan Ali tidak menyebut saluran televisyen yang dimaksudkannya.

 

Namun dipercayai status tersebut merujuk kepada saluran televisyen TV3 berdasarkan caption gambar yang dimuatnaik dalam akaun Instagram miliknya.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.