PM Lulus Peruntukan Segera Baik Pulih Hospital Sultanah Aminah

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kelulusan peruntukan segera kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membaik pulih Hospital Sultanah Aminah di Johor Bharu yang mengalami kerosakan akibat kebakaran semalam.

 

Melalui catatan di laman Facebook beliau hari ini, Najib juga menjelaskan kerja-kerja baik pulih hospital berkenaan dijadual bermula sebaik selesai siasatan mengenal pasti punca kebakaran oleh Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia.

 

“Saya telah luluskan peruntukan bagi KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA membaik pulih Hospital Sultanah Aminah.

 

“Kerja-kerja baik pulih hanya akan dimulakan setelah siasatan pasukan Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia) lengkap dan bangunan diisytiharkan selamat,” katanya.

 

Dalam insiden kebakaran semalam, seramai enam orang pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut meninggal dunia selepas gagal diselamatkan.

 

Tiga kakitangan hospital berkenaan turut mengalami kecederaan. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.