Perjanjian Baharu, Rahsia Antara Mahathir Dan Anwar – Raja Petra

 

Tulisan asal oleh :
Raja Petra Kamarudin, Malaysia Today, 24 Oktober 2016.
Pada hari Sabtu, kami telah menulis Mahathir staged the Parliament walkout ‘ (Mahathir mementaskan mogok keluar dewan Parlimen). Sejak itu ramai mengatakan perkara yang sama, seperti yang dilaporkan oleh media arus perdana (Malay Mail Online dan New Straits Times).

 

“Jangan main-main dengan saya. Mogok keluar dewan itu, saya tahu ia hanyalah menunggu masa yang sesuai, ia sudah dirancang,” kata Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

 

Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai peranan dalam mogok yang dilakukan oleh Ahli Parlimen pembangkang semasa pembentangan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata ini kerana Dr Mahathir telah bekerjasama dengan pihak pembangkang untuk menggulingkan Najib.

 

“Kita tidak perlu Raja Petra untuk memberitahu kita tentang perkara tersebut. Saya boleh beritahu anda bahawa beliau terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung kerana beliau telah bekerjasama dengan pembangkang. Bagaimana mereka (MP) boleh menafikan hakikat bahawa mogok ini bukan mengenai bantahan terhadap bajet tetapi terhadap Najib?”

 

Apa-apa pun, sementara Pandikar dan Tajuddin, dan mungkin puluhan ribu yang lain, tahu hakikat bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad adalah dalang disebalik mogok keluar dewan Parlimen dan demonstrasi Jumaat lalu, tidak ramai yang tahu kejadian di sebalik tabir yang membawa kepada protes pada Jumaat itu.

 

Seperti yang telah berulang kali saya katakan, Malaysia Today bekerja dengan cerita yang tidak dirungkaikan, bukan cerita-cerita yang Rafizi Ramli dan Tony Pua dan orang-orang seperti mereka ulangi. Lagipun, bukankah Rafizi mengatakan Langkah Kajang adalah BUKAN mengenai menyingkirkan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim dan bukankah Tony mengatakan Khalid adalah Menteri Besar Selangor yang terbaik, yang paling rajin, paling bersih, paling jujur, paling segala-galanya dalam sejarah dan bukankah mereka menggulingkan beliau tidak lama selepas itu dan memanggilnya penjahat yang paling teruk dalam sejarah Selangor?

 

Jadi biarlah saya beritahu anda cerita yang tidak dirungkaikan di sebalik mogok dan demonstrasi Jumaat lepas di luar Parlimen. Kita semua tahu bahawa ia bukan tentang bajet kerana Ahli Parlimen Pakatan Harapan berjalan keluar semasa pembentangan itu sudah separuh jalan dan tidak kekal di kerusi mereka untuk mendengar pembentangan bajet (atau membahaskan bahagian bajet yang mereka mungkin merasakan bahawa mereka tidak suka).

 

Sebenarnya, walaupun anda mahu untuk tidak bersetuju dengan bajet, anda perlu mengakui bahawa beberapa bahagian daripadanya adalah cukup baik. Jadi ia adalah bodoh untuk menentang keseluruhan bajet apabila bukannya keseluruhan bajet boleh dianggap sebagai teruk (jikalau sekalipun anda mahu memanggilnya teruk hanya kerana mahu tidak bersetuju dengan kerajaan).

 

Ianya adalah sangat jelas walaupun kepada penyokong pembangkang bahawa mogok dan demonstrasi Jumaat lepas adalah protes anti-Najib dan bukan protes anti-Bajet 2017. Orang-orang Pakatun telah menentang kerajaan sejak parti mereka mula-mula ditubuhkan dan telah mengatakan bahawa Malaysia akan bankrap sejak tahun 1960-an.

 

Jika anda mendengar orang-orang seperti Lim Kit Siang, beliau telah mengatakan bahawa Malaysia akan bankrap sejak sebelum ramai daripada anda dilahirkan lagi. Beliau seperti Chicken Little yang mempercayai bahawa dunia akan berakhir dan bertindak keterlaluan kerana tanggapannya itu.

 

Apa-apa pun, kembali kepada cerita saya. Apakah mengenai mogok dan demonstrasi Jumaat lepas itu yang masih belum diberitahu (selain daripada ia telah dirancang dan Mahathir adalah dalang disebaliknya)? Ini adalah sebabnya mengapa anda perlukan Malaysia Today kerana kami mempunyai pemerhati yang melaporkan kembali perbualan dan plot antara dua orang sahaja (seperti teguran yang Seri Paduka Baginda Agong beri kepada Mahathir bulan lepas di Alor Setar).

 

Demonstrasi Jumaat lalu adalah hasil daripada perjanjian baru dan rahsia yang Mahathir buat dengan Anwar Ibrahim. Mengetahui bahawa beliau telah buntu, Mahathir perlu menjadi pragmatik dan bermain permainan realpolitik. Daripada apa yang saya pelajari semasa menghadiri kursus falsafah politik di Oxford, realpolitik adalah satu sistem politik atau prinsip-prinsip berdasarkan pertimbangan praktikal dan bukannya pertimbangan moral atau ideologi.

 

Mereka yang mengamalkan realpolitik biasanya adalah ‘Machiavellian’. Dan takrif ‘Machiavellian’ adalah licik, tipu daya, dan yang tidak mempunyai prinsip moral, terutama dalam politik. Sun Tzu sendiri adalah seperti itu. Dan bukankah orang Cina (dan juga bukan Cina seperti saya) mempunyai rasa hormat yang tinggi terhadap Sun Tzu?

 

Jadi, sebagai ‘Machiavellian’ yang bermain realpolitik biasanya akan melakukannya apabila beliau sedang memperjuangkan sesuatu yang sia-sia dan telah ditakdirkan akan gagal, anda membuat sekutu baru dan juga berubah pihak jika perlu. Dan itulah apa yang Mahathir lakukan. Beliau membuat sekutu baru dan telah berubah pihak. Jadi sekarang beliau telah menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri walaupun sebelum ini beliau berkata beliau mahu Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan kemudian mengubah pendiriannya kepada ‘ianya masih terlalu awal untuk menamakan siapa yang patut menjadi Perdana Menteri’.

 

Tetapi Mahathir seorang yang bijak, terlalu pintar untuk orang seperti Anwar Ibrahim atau Dr Wan Azizah Wan Ismail. Mahathir menggunakan strategi ‘deniability and fallback’. Ini biasanya cara yang digunakan oleh Presiden AS. Presiden AS sentiasa menghindarkan dirinya daripada sebarang perkara yang tidak diingini. Jadi mereka merancang strategi ‘deniability and fallback’ supaya kemudian anda boleh menafikan apa-apa pengetahuan atau penglibatan dalam segala-galanya dan membiarkan orang lain yang menanggungnya. Dan orang yang menanggung ini akan menanggungnya tanpa menceritakan perkara yang sebenar.

 

Dan ini juga adalah permainan yang Mahathir mainkan. Semasa Mahathir pergi ke mahkamah pada 5 September 2016 kami sudah tahu bahawa sesuatu yang akan terjadi. Penampilan di mahkamah itu, yang diatur oleh Azmin, adalah semata-mata untuk membaca keadaan. Ia adalah satu persembahan secara terbuka tetapi perjanjian sebenar akan dilakukan secara tertutup, jauh dari penglihatan orang ramai.

 

Kemudian kami mendapat tahu bahawa Tun Dr Siti Hasmah Ali telah pergi untuk bertemu dengan Wan Azizah. Di situlah perjanjian sebenarnya akan dibuat. Walau bagaimanapun, walaupun kami tahu tentang perkara ini beberapa minggu yang lalu, kami tidak mahu pecah rahsia ini dan menakutkan mangsanya. Dan mangsa di sini sudah tentu adalah Wan Azizah.

 

Apa yang Mahathir mahu adalah untuk Wan Azizah meyakinkan ahli-ahli parlimen pembangkang, jika boleh termasuklah mereka dari PAS juga, untuk sama-sama menandatangani petisyen kepada Majlis Raja-Raja untuk meminta Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja campur tangan dan memaksa Najib untuk meletak jawatan. Dan Mahathir menghantar Siti Hasmah untuk berbincang dengan Wan Azizah tentang perkara ini.

 

Untuk mendapatkan sokongan dan kerjasama Wan Azizah, Mahathir kini bersetuju bahawa Anwar akan menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Harapan menang pilihan raya umum akan datang. Lagipun, sebagai pemimpin sebuah parti nyamuk seperti Pribumi yang bukan ahli pakatan pembangkang, Muhyiddin dan Mukhriz tidak mempunyai harapan untuk menjadi Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri. Jadi lebih baik sokong Anwar sebagai Perdana Menteri jika beliau akan menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Harapan mendapat Putrajaya.

 

Wan Azizah teruja, begitu juga dengan anak-anaknya, dengan perkembangan baru dan sangat positif ini. Akhirnya Mahathir menyokong Anwar untuk Perdana Menteri selepas hampir 20 tahun mengatakan bahawa Anwar adalah seorang yang tidak bermoral yang tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri. keluarga Anwar melihat ini sebagai tindakan ‘jika anda tidak boleh mengalahkan mereka maka sertailah mereka’ oleh Mahathir. Dan itu hanya boleh bermaksud bahawa Mahathir telah menerima kekalahannya dan menyedari bahawa masa depannya, dan anak-anaknya, terletak di tangan Anwar.

 

Keluarga Anwar menerima ini sebagai kemenangan moral selepas hampir 20 tahun bertungkus-lumus tetapi tidak mencapai apa-apa. Sekarang Mahathir telah datang merangkak dan telah mengampuni Anwar dan telah menyokong beliau untuk Perdana Menteri. Tetapi jangan percayakan musuh anda yang datang membawa hadiah. Apabila musuh datang ke pintu depan anda dan memberi hadiah kepada anda, itu boleh bermakna bahawa mereka akan menjatuhkan anda sehabisnya.

 

Dalam keghairahan beliau, Wan Azizah tidak terfikir untuk bertanyakan satu soalan yang sangat penting. Mengapa Mahathir menghantar Siti Hasmah untuk berbincang dengannya? Mengapa Mahathir tidak berbincang dengan Wan Azizah sendiri? Itulah yang saya nyatakan sebelum ini tentang strategi ‘deniability and fallback’ yang Mahathir pakai.

 

Mahathir telah melindungi dirinya dari apa-apa perkara yang tidak diingini. Beliau tidak pernah bertemu Wan Azizah dan beliau tidak pernah membuat apa-apa janji-janji dengannya mengenai sokongan untuk Anwar sebagai Perdana Menteri. Siti Hasmah yang melakukannya. Jadi, jika ada masalah atau kesilapan atau jika ia tidak berlaku maka tangan Mahathir bersih. Dan bolehkah Wan Azizah membuktikan bahawa Siti Hasmah yang membuat janji ini?

 

Itu adalah perkara kedua yang Wan Azizah terlepas pandang. Siti Hasmah memberitahunya bahawa perjanjian ini mesti dirahsiakan dan tidak siapa yang perlu diberitahu mengenainya. Jika sesiapa mendapat tahu, mereka mungkin akan cuba untuk mensabotaj perjanjian supaya Anwar dinafikan untuk jawatan Perdana Menteri. Oleh itu, ia adalah penting agar Wan Azizah tidak memberitahu sesiapa pun.

 

Jadinya, Wan Azizah menyimpan rahsia ini. Apa yang berlaku jika dengan rahmat Tuhan Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum akan datang dan Anwar tidak dijadikan Perdana Menteri? Apa yang akan Wan Azizah lakukan? Adakah beliau akan mendedahkan bahawa satu atau dua tahun sebelum ini beliau telah membuat perjanjian rahsia dengan Mahathir bahawa Anwar akan menjadi Perdana Menteri tetapi beliau telah bersumpah untuk menyimpan rahsia dan tidak boleh memberitahu sesiapa?

 

Bukti apa yang Wan Azizah ada? Dan mengapa beliau mengatakan semua ini hanya selepas Pakatan Harapan menang pilihan raya? Mengapa tidak menyatakannya lebih awal sebelum Pakatan Harapan mendapat Putrajaya? Dan kini Mahathir berkata beliau tidak tahu menahu tentang perjanjian dengan Anwar dan bahawa beliau tidak pernah bertemu dengan Wan Azizah untuk membuat sebarang janji. Beliau juga tidak tahu tentang pertemuan Siti Hasmah dengan Wan Azizah atau apa yang mereka bincangkan jika mereka sebenarnya ada berjumpa.

 

Ya, ini adalah seperti seorang lelaki berjanji dengan seorang gadis bahawa dia akan mengahwininya jika dia menyerahkan dirinya kepada lelaki itu dan selepas gadis itu berbuat sedemikian, dia bertukar dan berkata, buktikannya! Berapa ramai perempuan yang telah terperangkap dengan tipu daya ini, tipu daya yang sama mereka kini mainkan kepada Wan Azizah, dan yang mana beliau seolah-olah telah terpedaya?

 

Jadi Wan Azizah akan melindungi perjanjian rahsia ini bersungguh-sungguh dan tidak akan mendedahkannya kepada sesiapa pun. Sementara itu, beliau akan melaksanakan janji dari pihaknya, bermula dengan mogok keluar dewan Parlimen dan demonstrasi Jumaat lalu diikuti dengan tandatangan Ahli Parlimen Pakatan Harapan pada petisyen kepada Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja itu yang meminta mereka untuk memecat Najib.

 

Sebaik sahaja orang ramai menyedari bahawa kini Wan Azizah adalah ‘ejen rahsia’ Mahathir, ramai yang akan menjadi sangat marah dengannya dan akan mempertimbangkan beliau sebagai tidak sesuai untuk terus memimpin PKR dan/atau Pakatan Harapan. Akan terdapat satu gerakan untuk menyingkirnya dan ini adalah apa yang Mahathir dan Azmin sebenarnya mahu. Sebaik sahaja Wan Azizah digulingkan Azmin akan mengambil alih sebagai Presiden PKR yang baru. Dan inilah rancangannya selama ini, untuk menggantikan Wan Azizah dengan Azmin.

 

Perkara ketiga yang Wan Azizah seolah-olah terlepas pandang adalah bahawa Mahathir telah mengampuni Anwar untuk dosa-dosanya. Dan Wan Azizah dan anak-anaknya begitu teruja tentang itu. Seseorang diampunkan dari dosa-dosanya hanya jika seseorang itu berdosa. Adakah Wan Azizah berkata bahawa Anwar sebenarnya bersalah atas tuduhan liwat dan berkomplot untuk menggulingkan Mahathir? Bukankah Anwar yang sepatutnya mengampuni Mahathir jika Anwar tidak bersalah seperti yang mereka telah tegaskan selama hampir 20 tahun?

 

Ingatkah Anwar memberitahu kita bahawa beliau enggan memohon pengampunan daripada Seri Paduka Baginda Agong kerana beliau tidak bersalah? Hanya orang yang bersalah memohon pengampunan, kata Anwar. Jadi, jika beliau memohon pengampunan, maka beliau mengakui yang beliau bersalah. Dan itulah sebabnya Anwar lebih suka duduk dalam penjara selama lima tahun daripada memohon pengampunan. Ia adalah untuk ‘membuktikan’ bahawa beliau tidak bersalah dalam tuduhan liwat.

 

Jadi sekarang ini Mahathir memaafkan Anwar. Dan keluarganya teruja menerima pengampunan Mahathir. Jadi adakah Anwar bersalah dalam meliwat dan dalam plot untuk menggulingkan Mahathir atau adakah beliau tidak bersalah?

 

Sebenarnya Mahathir tahu bahawa Pakatan Harapan TIDAK akan memenangi pilihan raya umum akan datang. Malah, PAS juga tahu akan perkara ini, itulah sebabnya mengapa PAS tidak mahu membuang masa dengan Pakatan Harapan dan sebaliknya memberi tumpuan kepada Pindaan Rang Undang-Undang Syariah. PAS tidak pun menyertai mogok keluar dewan Parlimen dan demonstrasi Jumaat lalu kerana mereka tahu ia tidak ada kena mengena dengan Bajet 2017, yang mana adalah lebih penting pada PAS.

 

DAP berbangga bahawa ia mempunyai lebih daripada 90% sokongan kaum Cina. Itu mungkin benar pada tahun 2013 tetapi sokongan itu kini telah menurun kepada kurang daripada 50%. Mahathir tahu bahawa 59% daripada pengundi Cina kini menyokong Barisan Nasional. Jadi Pakatan Harapan dan Pribumi Mahathir akan gagal. Najib boleh memanggil untuk pilihan raya bulan depan dan Barisan Nasional mungkin mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen.

 

Itulah realitinya dan Mahathir tahu akan perkara ini. Dan realiti yang kedua (yang mana Mahathir telah katakan sejak pertama kali beliau menyertai politik dan yang mana Anwar telah memberitahu orang-orangnya pada tahun 1982 semasa beliau memberitahu bahawa beliau akan menyertai Umno) adalah bahawa laluan untuk ke jawatan Perdana Menteri adalah melalui Umno. Dan inilah sebabnya mengapa Tengku Razaleigh Hamzah membubarkan Semangat 46 beliau dan menyertai semula Umno.

 

Jadi itulah sebenarnya. Cerita yang tidak dirungkaikan (dan mungkin sedikit panjang, seperti biasa) mengenai kisah perjanjian rahsia Mahathir dengan Anwar yang dibincangkan dan dipersetujui oleh Siti Hasmah dan Wan Azizah. Wan Azizah telah bersumpah untuk menyimpan rahsia ini dan tidak boleh bercakap mengenainya, jadi Malaysia Today yang memberitahu anda mengenainya. Tetapi apa yang Wan Azizah gagal untuk melihat adalah bahawa beliau telah diperdaya oleh Mahathir. Dan kini beliau bekerja untuk Mahathir berdasarkan janji rahsia yang tidak boleh ditunaikan dan yang tidak akan ditunaikan.

 

Seperti yang P. T. Barnum telah dilaporkan sebagai berkata, walaupun ada yang mengatakan bahawa ia tidak dapat dibuktikan, “Ada seorang penipu dilahirkan setiap minit.”
Link asal artikel:
http://www.malaysia-today.net/mahathirs-new-and-secret-deal-with-anwar/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.