Pakar Bom Warga Malaysia Ditahan Di Filipina

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Filipina yang didakwa terlibat dengan aktiviti militan Abu Sayyaf.

 

Menurut Khalid, maklumat awal mendapati lelaki yang ditahan ketika cuba meninggalkan negara itu mempunyai kaitan dengan pejuang Islam di selatan Filipina.

 

“Kononnya dia ialah pakar buat bom. Jadi saya mengesahkannya bahawa dia memang rakyat Malaysia dari Kelantan. Itu sahaja yang kita tahu setakat ini.

 

“Dia tidak ditahan dengan bahan letupan. Apa yang kita tahu dia memang seorang penyokong kepada pejuang Islam di Selatan Filipina,” katanya pada sidang media di Maktab PDRM di sini, Rabu.

 

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai laporan media Filipina mengenai penahanan rakyat Malaysia yang didakwa mempunyai kaitan dengan Abu Sayyaf awal bulan ini.

 

Lelaki berkenaan ditahan di bandar Maluso yang terletak dalam wilayah Basilan, Filipina. – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.