Fathia Mohon Maaf Gayakan Seragam Tentera

KUALA LUMPUR – Aktres, Fathia Latiff, memohon maaf secara terbuka selepas dikecam netizen kerana menggayakan fesyen seragam Tentera Darat.

 

Pelakon jelita berkenaan tidak cepat melatah dengan insiden terbabit, sebaliknya mengakui kesikapannya dan membuat permohonan maaf itu di laman sosial Instagramnya, dua hari lalu.

 

Bintang yang mula meledak namanya menerusi drama Ariana Rose itu menggayakan pakaian tentera, tetapi tidak mengenakan butang selain menyinsing lengan tangan kanannya.

 

Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH ke-29 itu juga mengenakan kaca mata hitam. Gambar itu bagaimanapun telah dipadamkan.

 

“Saya dengan ikhlas hati meminta maaf. Tiada niat untuk saya mempersendakan pakaian terbabit. Saya menghormati pakaian seragam Tentera Darat.

 

“Cuma sebelum ini, saya tidak tahu dan tidak sensitif mengenai etika pemakaian pakaian ini.

 

Saya sudah pun memadam gambar itu. Saya benar-benar minta maaf,” tulisnya di laman sosial berkenaan.-Bharian

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.