BERSIH Alat Pembangkang, Bukannya Badan Perjuangkan Reformasi Pilihan Raya – Lim Sian See

Tulisan asal oleh :
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 24 Oktober 2016.

 
“Sudah tiba masanya untuk memanggil sodok sebagai sodok dan mengakui bahawa kini Bersih hanyalah satu lagi alat untuk pembangkang dan bukannya satu badan yang memperjuangkan reformasi pilihan raya.”

 

Sebenarnya, adakah lagi orang di Malaysia selain daripada BERSIH itu sendiri yang masih tidak menganggap bahawa BERSIH adalah alat untuk pembangkang?

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional Abdul Rahman Dahlan telah memberikan beberapa contoh yang katanya dapat membuktikan tanpa keraguan bahawa Bersih 2.0 hanyalah satu lagi alat untuk pembangkang.

 

Ini adalah sebagai respons kepada seruan MP Serdang Ong Kian Ming kepada beliau untuk membuktikan bahawa Bersih diadakan untuk menjatuhkan kerajaan yang memerintah.

 

Pertamanya, Rahman menyebut bahawa semasa peringkat akhir Bersih 4, orang yang berucap secara terbuka menggesa orang ramai untuk menolak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan BN serta berjanji untuk mengundi menentang kerajaan yang memerintah.

 

Kemudian, beliau juga menyebut insiden di mana pemimpin-pemimpin Bersih Ambiga Sreenevasan dan Maria Chin telah berucap di pelbagai acara parti pembangkang termasuk di pilihan raya kecil Teluk Intan.

 

Beliau juga menyatakan bagaimana Bersih, bukannya berjuang untuk pilihan raya yang bebas dan adil, sebaliknya secara aktif menyertai perhimpunan anti-Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dianjurkan oleh Pembangkang.

 

“Satu sistem cukai yang moden dan diterima secara universal tiada kaitan dengan reformasi pilihan raya,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

 

Beliau mempersoalkan mengapa Bersih telah menjemput Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk melancarkan pameran bergerak Pulau Pinang dan bukannya meminta beliau meletak jawatan buat sementara waktu semasa menghadapi tuduhan rasuah berganda.

 

Beliau berkata, ini mengingkari tadbir urus yang baik, garis panduan perkhidmatan awam dan amalan demokrasi.

 

Rahman juga mendakwa Bersih telah melanggar prinsip demokrasi apabila, semasa Bersih 4 dan dalam Bersih 5 yang akan datang, mereka menuntut perdana menteri untuk meletak jawatan walaupun telah disiasat dan didapati tidak bersalah oleh pihak berkuasa yang sah yang berkaitan.

 

Akhir sekali, beliau juga menyebut Ambiga secara terbuka mengulangi secara membuta tuli tentang dakwaan pembangkang mengenai pengundi hantu warga asing yang mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) serta dakwaan ‘blackout’ – kedua-duanya telah dipertikaikan oleh Laporan Pemantau Bersih sendiri yang mengatakan bahawa tidak ada langsung bukti tentang perkara itu.

 

“Saya percaya sudah tiba masanya untuk menggugurkan semua dakwaan bahawa Bersih adalah tidak berat sebelah dan tidak terlibat dalam politik.


http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2016/10/24/its-time-to-call-a-spade-a-spade-says-rahman-of-bersih/
Link asal artikel:
https://www.facebook.com/lim.siansee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.