Video: Pelajar Pintar, Nur Amalina Ukir Sejarah Di Universiti Cambridge

KUALA LUMPUR – Nur Amalina Che Bakri yang suatu ketika dulu mengejutkan tanahair dengan pencapaian hebatnya meraih 17A dalam SPM 2004, kini sekali lagi mencipta satu lagi sejarah baru.

 

Anak kelahiran Johor yang melanjutkan pelajaran ke Universiti Cambridge mengukir sejarah baru setelah memperolehi Kepujian Kelas Pertama peringkat sarjana dalam translasi perubatan dan terapeutik di universiti terkemuka dunia itu.

 

Amalina, 27, menghadiri upacara konvokesyennya kelmarin di universiti tersebut dan pada masa yang sama kini sedang menjalani latihan sebagai seorang doktor bedah pelatih.

 

Beliau dikatakan akan meneruskan pengajiannya ke peringkat Doktor Falsafah dalam bidang kanser payudara.

 

Dalam perkembangan sebelumnya, Amalina ketika menepis tuduhan gagal dalam pengajian pernah memberitahu beliau memerlukan sekurang-kurangnya 7 tahun lagi untuk bergelar perunding dan pakar bedah dalam bidang kanser payudara.

 

Tinjauan di media sosial mendapati ramai netizens melahirkan rasa terharu dan berkongsi kegembiraan dengan kejayaan yang diraih Amalina.

 

“Alhamdulillah suara2 sumbang yg menuduh beliau gagal dulu kini dah tak berbunyi lagi!,” komen Zalyah Gazali.

 

“Tahniah anak bangsa ku.. Alhamdulillah… Aamiin,” tulis Zinap Rejab di rungan komen laman Facebook Buletin TV3.

 

“Tahniah….membanggakan Malaysia. salah seorg bangsa Johor juga ni,” kata Nafsiahh Simon.

 

Selain luahan rasa bangga dan kegembiraan, turut terdapat beberapa komen sinis dari segelintir netizens.

 

“Hebat dah kat dunia ini.. tapi yg paling penting skli hebat disisi ALLAH.. hebat dia dengan dunia. kita org islam..tutup lh kepala…,” ulas Afis Safis.

 

“Dr Amalina hebat..! Tapi tudung dah lupa…,” tulis Abdul Halim di rungan komen yang sama. – SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.