Tulang Di Kuala Kedah Akan Dikebumi Semula – Exco

ALOR SETAR – Tulang manusia milik penduduk Islam yang ditemui di pesisir Sungai Seberang Kota, Kuala Kedah akan dikumpul dan dikebumikan semula.

 

 

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakt Siam, Pelancongan dan Warisan, Kerja Raya Kedah, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid berkata mesyuarat akan diadakan dengan pihak bertanggungjawab termasuk Jabatan Mufti bagi membincangkan proses pemindahan dan kawasan untuk dikebumikan semula rangka itu.

 

 

Beliau berkata Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) turut diminta untuk membina benteng bagi mengelak arus sungai daripada menghakis kawasan sehingga merosakkan jenazah lain yang dikebumikan sejak sekian lama.

 

 

“Tulang-tulang tersebut bertaburan di pesisir sungai tersebut selepas tebingnya terhakis,” katanya ketika melawat kawasan penemuan tulang itu.

 

 

Mohd Rawi berkata mungkin terdapat kubur pejuang tempatan yang meninggal dunia ketika peperangan antara Kedah dengan Siam sekitar tahun 1821-1840.- Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.