Pesawat MasWing Tergelincir Semasa Mendarat

MUKAH – Sebuah pesawat Twin Otter milik MASwings tergelincir di landasan di Lapangan Terbang Mukah, di sini, pagi tadi namun semua penumpang dan anak kapal dilaporkan selamat.

 

Kejadian berlaku kira-kira jam 9.20 pagi sejurus pesawat itu mendarat di lapangan terbang berkenaan dari Miri.

 

Dalam kejadian itu, tayar belakang kiri pesawat dilaporkan pecah dan kerja-kerja membaikpulih sedang giat dilakukan oleh petugas penyelenggaraan MASwings.

 

Difahamkan, kedua-dua juruterbang bersama lapan penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.

 

Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

 

Sementara itu, Pengurus Lapangan Terbang Sibu, Zainuddin Abu Nasir yang dipetik BH Online mengesahkan kejadian berkenaan.

 

Susulan kejadian itu, beliau berkata, semua 11 penerbangan ke Mukah dibatalkan hari ini.

 

“Ketika ini kerja-kerja untuk mengalihkan pesawat dari landasan sedang dilakukan,” katanya. – AntaraPos

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.