Guru Dikecam Muat Naik Gambar Bogel Pelajar Tadika

HENAN – CHINA. Seorang guru tadika memuat naik foto pelajarnya dalam keadaan berbogel di laman sosial mendapat kecaman netizen China.

 

 

Memetik laporan Sina News, Guru yang dikenali sebagai Ma berkata, perkara itu bertujuan untuk mengajar pendidikan seks kepada anak muridnya itu selain membantu kanak-kanak itu memahami hakikat hidup.

 

 

Ma yang juga memuatkan gambar-gambar tersebut di laman WeChat turut menyifatkan gambar-gambar tersebut sebagai comel.

 

 

Malah menurutnya, pelajar lelaki dan perempuan diasingkan bagi menghormati privasi kanak-kanak tersebut.

 

 

Namun, tindakan guru tersebut mengundang kritikan malah, ibu bapa pelajar yang terlibat kecewa dan terkejut selepas melihat foto anak mereka dalam keadaan berbogel tersebar di laman sosial.

 

 

Ibu-bapa kanak-kanak tersebut turut menggesa pihak sekolah memecat guru terbabit.

 

 

 

Netizen turut mempersoalkan tindakan pelik dan sistem pendidikan yang diamalkan di sekolah tersebut.

 

 

“Saya turut mempunyai anak yang belajar di tadika dan jika ini berlaku kepadanya, saya tidak  akan teragak-agak untuk mengambil tindakan,” kata  pelayar.

 

 

Sementara itu, guru serta pengarah tadika itu memohon maaf di atas insiden tersebut, namun status guru terlibat masih belum diketahui.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.