Video: I-Mizu Bantu Beri Tenaga Optimum Kepada Atlet Sukan Lasak Negara

PETALING JAYA – Menyahut seruan kerajaan dalam usaha mencipta rekod Malaysia di mata dunia, Miresco Integrated Sdn Bhd menjalin kerjasama dan memberi sokongan penuh kepada Kelab Eksplorasi Tujuh Benua (KE7B) dalam menjayakan misi ekspedisi ke Kutub Selatan oleh Atlet sukan lasak duatlon dan triatlon negara Shahrom Abdullah, 36 bakal merentas Kutub Selatan menggunakan ski.

 

Menurut Pengarah urusannya, Dr Mohd Ihsan Che Mohd Noh berkata, sesuai dengan ekspedisi Shahrom sejauh hampir 1,000 kilometer (km) dari Messner Inlet dan berakhir ke titik kosong darjah Kutub Selatan ini, penjelajah negara itu akan menggunakan bekas air i-Mizu yang boleh menukarkan air salji menjadi air hidrogen beralkali dengan kandungan khasiat utama sebagai bekalan tenaganya sepanjang menghadapi 60 hari misi bagi ekspedisi tersebut.

 

“Shahrom perlukan tenaga. Jadi apabila dia menggunakan i-Mizu, akan menghasilkan hidrogen dan hidrogen tersebut akan bertukar menjadi tenaga tanpa perlu pengambilan makanan. Ia juga akan menguatkan sistem imunisasi yang membuatkan badan tidak lemah sekali gus akan membantu Shahrom menamatkan misi tersebut,” katanya.

 

Sementara itu, Penasihat KE7B, Datuk Akmar Hisham Mohd Yusof berkata, sejak 8 tahun kelab itu ditubuhkan, pihaknya hanya fokus kepada aspek teknikal dan kekuatan fizikal berkaitan ekspedisi sahaja, namun, apabila pihak Miresco tampil untuk membuat tajaan, pihaknya amat berbesar hati dengan tajaan yang diberikan.

 

 

“Menerusi tajaan i-Mizu ini saya percaya dapat membantu kita dalam memastikan ekspedisi ini mencapai kejayaan.

 

“Dengan adanya produk ini kita harap adanya pembaharuan dan mungkin selepas ini kita tidak lagi bergantung kepada produk luar negara, dan akan memastikan produk ini dapat diketengahkan,” katanya.

 

Dalam pada itu, Shahrom apabila ditanya mengenai persediaannya, beliau berkata, dirinya sudah tidak sabar untuk mengharungi cabaran misi merentas Kutub Selatan.

 

Mengulas lanjut mengenai cabaran yang bakal dihadapinya di Kutub Selatan, Shahrom turut menzahirkan rasa kebimbangannya terhadap faktor cuaca yang amat sejuk bersuhu – 40 darjah celcius yang harus dilaluinya. Bagaimanapun, beliau yakin, dengan latihan fizikal yang rapi dari pihak pengurusan kelab, beliau dapat mengharungi cabaran tersebut.

 

“Dengan berski sejauh 1000 kilometer, dengan 6 hingga 8 jam sehari ia agak mencabar,” katanya.

 

Misi yang dijadualkan bermula 17 November depan dan ekspedisi menggunakan ski meluncur salji sejauh 20-25 kilometer selama hampir 8 jam sehari itu, dijangka mengambil masa antara 50 hingga 60 hari bagi menamatkan ekspedisi tersebut. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.