Didenda Akibat Ber’karaoke’ Dalam Kereta

CHENGDU – CHINA .  Seorang wanita di China didenda selepas ber’karaoke’ di dalam kereta. Aksi yang memperlihatkan seolah-olah berada di dalam pusat karaoke itu berjaya dirakam pemandu yang menggunakan jalan raya yang sama.

 

 

Memetik laporan Chengdu Evening News, video yang menjadi viral di laman sosial selepas dimuat naik itu mendapat perhatian pihak polis trafik yang kemudiannya mengenal pasti identiti wanita tersebut.

 

 

Wanita itu di saman sebanyak 200Yuan (RM 134) dan 2 mata denda ke atas lesennya.

 

 

Menurut undang -undang di China, sekiranya wanita itu dilihat melakukan perbuatan yang sama sebanyak enam kali, lesennya akan dibatalkan dan perlu memohon semula untuk mendapatkan lesen baharu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.