Bot Karam Selepas Lihat Ikan Paus

TOFINO – KANADA – Lima maut selepas sebuah bot yang digunakan untuk melihat ikan paus tenggelam di perairan Pulau Vancouver British Colombia, barat Kanada semalam.

 
Bot yang membawa 27 penumpang tenggelam berdekatan Tofino di Pulau Vancouver, menurut pegawai pantai  sambil menambah keadaan laut berada dalam keadaan tenang semasa insiden berlaku.

 

 

Pegawai penyelamat berkata, 21 orang berjaya diselamatkan manakala seorang lagi masih hilang.

 

 

Kewarganegaraan mangsa bagaimanapun masih belum dipastikan.

 

 

Pihak berkuasa kesihatan Pulau Vancouver,  Valerie Wilson memberitahu  AFP, mangsa yang terselamat dibawa ke Hospital Besar Tofino.

 

 

Sementara itu, laman web syarikat perkhidmatan bot berkenaan berkata, lawatan melihat ikan paus pada musim ini akan berakhir pada 31 Oktober dan telah beroperasi sejak 30 tahun lalu.

 

 

Tofino terkenal dikalangan pelancong untuk melihat ikan paus.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.