Pidato Anwar Di UM Esok, Dijangka Kecoh

Shah Alam – Esok bakal berlangsung ‘Pidato Umum Anwar Ibrahim 40 tahun, dari UM ke Penjara’ yang telah dirancang pada malam sebelum Mahkamah Rayuan memutuskan samaada Ketua Pembangkang itu dibebas atau dipenjarakan buat kali kedua.

Anwar sebelum ini memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Rayuan memutuskan beliau bersalah meliwat bekas pembantu khasnya, Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.

Anwar berkata beliau akan turun ke Universiti Malaya (UM) pada malam menjelang kes liwatnya dibicara di mahkamah tertinggi dalam negara ini.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata beliau mengetahui program anjuran Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) itu tidak mendapat kebenaran daripada pihak pentadbiran institusi itu.

Namun beliau tetap akan hadir bagi memberikan ceramah terakhirnya, sebelum nasibnya diputuskan mahkamah pada keesokan harinya.

Tentunya perkembangan itu diramal banyak pihak, bakal berakhir dengan kekecohan dan situasi itu mungkin juga akan mencetuskan siri penentangan mahasiswa terhadap kerajaan pemerintah kini.

Di pihak Anwar sendiri, kekecohan itu akan dimanfaatkan sebaik mungkin bagi memupuk rasa simpati orang ramai terhadap nasibnya yang kononnya menjadi mangsa tekanan politik.

Presiden PMUM, Fahmi Zainol menegaskan program bersama Anwar tetap akan diteruskan sebagai tanda solidariti terhadap Ketua Umum PKR itu.

Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2012 dan memutuskan beliau dihukum penjara lima tahun.

Pasukan pembelaan Anwar, yang kini diketuai oleh peguam kanan Sulaiman Abdullah, memfailkan 35 asas dalam rayuan ke atas sabitan di mahkamah tertinggi itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.