Pasukan Keselamatan Tembak Penjenayah Rentas Sempadan

Semporna – Pasukan keselamatan menembak mati seorang lelaki dipercayai penjenayah rentas sempadan dalam kejadian berbalas tembak di perairan ini, awal hari ini.

Difahamkan, pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) akan mengadakan sidang media berhubung kejadian itu, tengah hari ini.

Khamis lalu, tiga lelaki dipercayai pemberi maklumat kepada penjenayah rentas sempadan dari negara jiran ditahan pihak ESSCOM di perairan Pulau Mabul, Semporna, di sini.

Ketiga-tiga lelaki berusia antara 14 hingga 29 tahun itu ditahan, selepas empat anggota keselamatan yang menjalankan tugas operasi mengesan kehadiran sebuah bot melintasi kawasan jeti Smart Bangalow Resort, Pulau Mabul kira-kira jam 8.30 malam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.