Majlis Syura PAS Amal Sistem Syiah?

Kuala Lumpur – Seorang tokoh terkemuka Kuwait mendakwa sistem yang diamalkan oleh Majlis Syura PAS dengan mengatakan sistem yang diamalkan parti itu adalah Syiah.

Dr. Sheikh Tareq Mohammed Al-Suwaidan dalam satu kenyataan mengatakan kepimpinan ulama yang diterjemahkan dalam PAS bahawa golongan bukan ulama tidak boleh menjadi pemimpin adalah bukan berasaskan sistem Sunnah.

“Sistem Majlis Syura PAS bahawa bukan ulama tidak boleh menjadi pemimpin dan keputusan majlis itu tidak boleh dibantah adalah sistem syiah,” katanya.

Kenyataan tokoh itu mendapat perhatian pengguna laman sosial apabila kenyataan screenshot itu dimuat naik di Facebook.

Terdapat pengguna laman sosial yang bersependapat dengan Sheikh Tareq manakala segelintirnya pula mempersoalkan siapa Tareq untuk merendahkan sistem Majlis Syura.

El Haraki pemilik akaun Facebook pro-ulama membidas kenyataan Tareq dengan berkata bahawa beliau merupakan seorang lelaki berpenampilan tradisi Arab, berjubah namun dia bukan ulama mahupun berpengetahuan dalam ilmuan Islam.

“Dia adalah jurutera petroleum. Membesar di Amerika dan juga telah menetap di sana. Dia bukanlah ‘Political Scientist’. Tiada rekod dia buat kajian dalan sains politik atau terbit artikel sains politik dalam jurnal,” katanya.

Menurutnya, Tareq yang tidak mempunyai pengetahuan dalam sistem pemerintahan Islam tidak perlu mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana dia tidak menetap di Malaysia dan tidak benar-benar memahami sistem yang diamalkan oleh Majlis Syura.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.