Lelaki Warga Myanmar Maut Dipukul

Butterworth – Seorang lelaki warga Myanmar ditemui mati dengan kesan kecederaan parah di kepala dan leher dipercayai dipukul rakan senegara dalam pergaduhan di rumah sewa mereka di Taman Chai Leng, Perai di sini awal pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Asisten Komisioner Kanan Mazlan Kesah berkata, mayat lelaki dikenali sebagai Dunai itu ditemui dibuang di kawasan semak, kira-kira 500 meter dari rumah sewa itu.

Katanya, polis menerima laporan daripada majikan lelaki itu yang memaklumkan dua pekerjanya bergaduh dalam kejadian pukul 2 pagi itu.

“Peniaga berusia 56 tahun itu memaklumkan dia menerima panggilan telefon daripada rakannya yang memberitahu dua pekerja warga Myanmar yang tinggal di tingkat dua rumah kedai berkenaan bergaduh.

“Dia yang tinggal di taman yang sama bergegas ke rumah kedai berkenaan dan mendapati tiada sesiapa di situ dan hanya menemui kesan darah atas lantai yang ditutup dengan selimut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.