Khairy ‘The Skaterboy’

Kuala Lumpur – Kumpulan Sembilan Papan Selaju yang berasal dari Negeri Sembilan menggunakan cara unik untuk menarik perhatian Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin bagi menyokong kempen #KJWeNeedSkatePark yang dianjurkan mereka.

Dan nampaknya usaha mereka mendapatkan perhatian menteri itu berjaya, apabila KJ (Khairy Jamaluddin) berkongsi gambar yang diedit itu di laman Twitter miliknya.

Gambar yang memaparkan KJ sedang ‘terbang’ dengan papan selaju itu adalah untuk meminta menteri berkenaan melalui kementeriannya, membina taman untuk permainan papan selaju di Negeri Sembilan.

Di gambar yang dikongsi di Twitter KJ, beliau menulis kapsyen: “Ramai minta skatepark. Siap photoshop kepala saya. Banyak emel yang saya terima yang mahukan skatepark.”

Kapsyen dan gambar itu menarik perhatian pengguna laman Twitter yang lain dan telah ditwit semula sebanyak 1,536 dan mendapat 603 likes.

Rata-rata daripada mereka sukakan sikap terbuka KJ berkongsi gambar berkenaan dan berpendapat menteri itu bersikap mesra rakyat dan pandai berjenaka.

Seorang pengguna @Ottel berkata, menteri itu bukan sahaja berjiwa rakyat malah sentiasa mempunyai idea untuk memartabatkan sukan tanah air.

“Lagipun KJ selalu memuat naik status yang lawak, langsung tidak rasa berbual dengan seorang menteri,” katanya.

Khairy Jamaluddin mempunyai lebih 766,000 pengikut di Twitter.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.