Jelajah ASK 2014 Malam Ini Di Jom Heboh Melaka

Kuala Lumpur – Jelajah Anugerah Skrin (ASK) 2014 akan berlangsung di Pentas Utama Karnival Jom Heboh di Stadium Hang Jebat, Melaka dari jam 3 petang hingga 10.30 malam ini.

Antara finalis ASK 2014 yang bakal turun padang ialah Izreen Azminda, Hairi Safwan, Nur Risteena, Fezrul Khan, Emma Maembong, Bell Ngasri, Johan As’ari, Syazwan Zulkifly dan Fahrin Ahmad.

Fahrin turut akan bertindak sebagai hos utama malam kemuncak ASK2014 yang akan berlangsung pada 7 November depan di Pusat Dagangan Dunia Putra bermula jam 9 hingga 11.30 malam.

Jelajah ASK 2014 hari ini akan membabitkan aktiviti seperti lelongan barangan amal peribadi selebriti, ramah mesra dan tayangan drama ASK 2014 yang dipertandingkan kelak.

Sepanjang jelajah hari ini juga pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan penyanyi seperti Black, Waris dan Iwere.

Malam kemuncak ASK2014 mempertaruhkan 32 kategori yang merangkumi drama, filem, penerbitan dalaman dan teknikal.

Selain Fahrin, malam kemuncak ASK2014 nanti juga akan menyaksikan beliau bergandingan dengan selebriti popular seperti Zul Ariffin, Nabila Huda, Shukri Yahya, Tasha Shilla, Fara Fauzana dan Amyra Rosli untuk setiap segmen.

Hani Hatim dan Aidid Marcello turut dipertanggungjawabkan sebagai hos acara karpet merah ASK 2014.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.