Diana Danielle Bertudung?

Kuala Lumpur – Peminat hiburan Malaysia sentiasa menyambut baik hijrah selebriti tempatan dan tidak hairanlah jika beberapa gambar bertudung Diana Danielle baru baru ini menjadi perhatian ramai mengatakan yang dia sudah bertudung penuh.

Baru-baru ini, Diana Danielle banyak memuat naik gambar dia berhijab di laman Facebooknya yang mempunyai satu juta lebih pengikut.

Gambar dengan personaliti baharu itu mengundang banyak pertanyaan daripada peminatnya sama ada Diana sudah berhijab sepenuhnya atau tidak.

Rata-rata peminat mendoakan semoga penghijrahan itu kekal dan mereka memuji Diana lebih anggun dengan berhijab.

Bagaimanapun, tanggapan peminat nyata meleset selepas suaminya, Farid Kamil mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa Diana belum bersedia berhijrah.

“Diana berhijab bagi memenuhi tuntutan wataknya ketika berlakon dalam drama Perempuan Lindungan Kaabah.

“Malah, baru-baru ini juga ada satu telefilem yang memerlukan dia memakai tudung, Namun buat masa ini, Diana belum lagi bertudung sepenuhnya,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.