Blogger Seks, Alvin Tan Sarankan Ali Lari Ke Sweden

Kuala Lumpur – Ali Abd Jalil melarikan diri ke Sweden untuk mendapat suaka politik kerana bimbang dengan keselamatannya selepas empat kali ditahan dan didakwa mengikut Akta Hasutan.

Ali, 29, mengesahkan perkara itu dalam satu tulisannya di Facebook.

“Sekarang saya di Sweden untuk memohon suaka. Kerajaan Malaysia dan sultan melayan saya seperti sampah.

“Saya diancam oleh gengster dan kumpulan Melayu rasis di Malaysia.

Malaysia tidak selamat bagi saya. Polis dan gengster mengikut saya setiap masa,” katanya.

Ali merupakan antara individu yang hadir ke perarakan anjuran Majlis Peguam bagi membantah Akta Hasutan pada hari Khamis lalu.

Beliau dipercayai menyusup keluar dari negara pada awal minggu ini.

Ali sebelum ini menghadapi tiga tuduhan hasutan kerana didakwa menghina kerabat diraja Johor dan Sultan Selangor dalam postingnya di Facebook.

Beliau juga ditahan polis di penjara selama 22 hari sejak 8 September dan dibebaskan kemudiannya pada 29 September.

Sementara itu Ali turut mengesahkan bahawa pemergian beliau ke luar negara adalah disebabkan oleh Alvin Tan.

Pengesahan itu dibuat di laman Facebooknya sambil berkongsi keratan laporan mengenai pengakuan Alvin yang mendalangi pemergian Ali.

Katanya, Alvin telah menyarankan untuk dia meninggalkan Malaysia dan berusaha mendapatkan suaka politik di Sweden bagi menghalang kerajaan mendakwanya di bawah Akta Hasutan.

“Terima kasih kepada sahabat saya, Alvin Tan. Dia telah menasihati saya dan beritahu apa yang seharusnya saya lakukan

“Hidup di luar negara bukan perkara mudah. Malaysia adalah negara kita dan (saya) berbangga dengan Malaysia. Tetapi kerajaan melayan kami seperti sampah, rasis dan tidak berperikemanusiaan,” tulisnya.

Alvin yang juga pencari suaka politik di Amerika Syarikat mengakui bahawa Ali telah ‘berunding’ dengannya sebelum membuat keputusan untuk meninggalkan Malaysia.

“Saya yang menyarankan dia untuk berbuat begitu,” katanya.

 

Baca: Ali Cari Perlindungan Di Sweden, Tuduh Kerajaan Layannya Macam Sampah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.