Bayi MH135 Meninggal Dunia

Kuala Lumpur – Bayi yang dilahirkan oleh seorang penumpang pesawat Malaysia Airlines, MH135 ketika dalam perjalanan ke Brisbane, Australia, Jumaat lalu dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Menurut laporan The Sydney Morning Herald, penumpang itu yang dikenali sebagai P. Jeyanthi, 27, telah dikejarkan ke Rumah Sakit Kasih Ibu di Bali.

Sebelumnya, pesawat MH135 dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Brisbane mendarat sekitar jam 2.10 petang Jumaat, membuat pendaratan cemas Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali.

Tindakan itu berikutan P. Jeyanthi yang hamil 24 minggu itu, mengalami kontraksi untuk bersalin.

Sementara itu, memetik laporan Detik News, doktor dari Rumah Sakit Kasih Ibu Kedonganan,Bali, Dr Primawati berkata, bayi itu berumur kira-kira 22 hingga 23 minggu dengan berat 500 gram.

“Kami hanya melakukan pembersihan rahim di bawah pengaruh ubat bius sebab uri masih tertinggal di dalam perutnya.

“Berdasarkan pemeriksaan, usia kehamilan P. Jeyanthi cukup muda dan boleh dikatakan pramatang. Berat bayi normal adalah 2,500 gram dalam usia kehamilan 37 minggu,” katanya.

Jumaat lalu, pesawat berkenaan membawa 178 penumpang dan anak kapal mendarat jam 2.10 petang (12.10 petang waktu tempatan) dan sejurus mendarat wanita itu terus dikejarkan ke hospital.

Pesawat berkenaan yang membawa 178 penumpang menyambung kembali perjalanannya ke Brisbane pada jam 4.14 petang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.