Anggota Bomba Maut, Motosikal Ditunggangnya Bertembung Lori

Bagan Serai – Seorang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kurau maut apabila motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.20 pagi itu, Ab Latiff Sulaiman, 56, maut di tempat kejadian akibat parah di beberapa bahagian badannya.

Kejadian di persimpangan lampu isyarat di tengah-tengah pekan ini, dipercayai berlaku apabila motosikal dinaiki mangsa dilanggar dari belakang oleh lori terbabit sehingga terperosok di bawah lori berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai, Alias Bahari, berkata pasukannya dipanggil untuk membantu mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di bawah lori itu.

“Kami kemudian menyerahkan mayat mangsa kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini, hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.