5 Rumah Teres Musnah Dijilat Api Di Temerloh

Temerloh – Lima unit rumah teres kos rendah di Taman Mewah, Kuala Krau dekat Temerloh musnah selepas terbabit dalam kebakaran tengah malam tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang Anuar Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 12.36 tengah malam tadi.

“Seramai sembilan anggota bomba bersama dua buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh bergegas ke lokasi kejadian dan seramai 24 anggota Bomba sukarela dari Kuala Krau turut membantu memadamkan api.

“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 1.42 pagi tadi dan padam sepenuhnya kira-kira jam 4.01 pagi,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, kesemua penghuni rumah berkenaan berjaya menyelamatkan diri dan tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan berlaku.

Katanya, punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.