Kempen Utamakan Produk Muslim Tak Salah, Saya Sokong – Prof Dr Teo Kok Seong

BANGI – Walaupun berlainan bangsa, Prof Datuk Dr Teo Kok Seong tetap menyokong Kempen Beli Produk Muslim yang dilancarkan bagi tujuan membangunkan ekonomi orang Islam.

Felo Penyelidik Utama Bersama Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ketika ditemui Ismaweb berkata, Kempen Beli Produk Muslim ini tidak sepatutnya menjadi isu kerana orang Melayu berhak membeli barangan muslim, sama seperti orang Cina membeli produk daripada kalangan mereka.

Beliau mengakui tidak salah orang Melayu memberi keutamaan kepada produk keluaran kilang-kilang muslim kerana perkara sama sudah pun berlaku dalam kalangan orang Cina.

“Orang Cina kalau mereka tahu barangan itu dihasil daripada kilang Melayu, mereka tak beli pun. Itu ikhlas, mereka tak beli pun. Jadi itu tak salah,” katanya.

Bagaimanapun, beliau secara gurauan bersetuju sekiranya istilah ‘boikot’ barangan bukan muslim digunakan susulan tindakan biadab segelintir orang Cina menghentam warisan budaya bangsa lain.

Kok Seong berkata demikian merujuk kepada tindakan seorang Ahli Parlimen yang mendakwa pelaksanaan pengenalan tulisan khat seperti menyapu tahi lembu pada wajah diri sendiri dan tindakan ahli perniagaan bergelar Tan Sri menukar warna bendera Malaysia kepada jalur hitam berhubung isu sama.

“Sampai sanggup jadikan bendera sebagai mangsa. Maksudnya dia tak tahu macam mana rakyat rasa. Bila rakyat bertindak untuk boikot baru dia tahu kesannya. Jadi bagi saya bagus juga ada boikot ini,” kata Kok Seong.

Kempen Beli Produk Muslim adalah suatu altenatif bagi mengangkat dan mempromosikan barangan dan produk keluaran muslim.

Ia dilancarkan Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) dengan kerjasama Koperasi Al-Hilal Berhad (Kohilal) dan ABATA Commerce Sdn Bhd, bagi tujuan membantu meningkatkan pendapatan peniaga Islam dan memberi alternatif lain kepada masyarakat Islam.

Selain itu, ia juga meningkatkan kuasa beli dan aliran ekonomi ummah selain mengetengahkan produk serta perkhidmatan yang halal di seluruh negara. – IsmaWeb

Lain-lain berita;

Peguam Negara Tidak Sensitif, Tindakan Iktiraf UEC Beri Isyarat Salah – Dr. Teo Kok Seong

Sindir Kempen Produk Muslim, Harith Iskandar Enggan Komen Selepas Dikecam Netizen

Cetek Pengetahuan Sejarah & Perlembagaan, Punca Pemimpin PH Mahu Laksana ICERD – Dr Teo Kok Seong

Dr Mahathir Dakwa Tak Tahu, Zeti Kata PM Tahu Pelantikan Jalil Rasheed Dalam PNB

Ahli Parlimen PKR Bimbang Rakyat Akan Hukum PH Kerana Asyik Jual Aset Negara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.