Viral Video Dakwah LGBT, Netizen Beri Reaksi Positif

Usaha seorang selebriti laman sosial berdakwah secara bersahaja tetapi penuh humor dalam menyampaikan mesej LGBT menerima sambutan luar jangkaan.

Lelaki yang menggunakan nama pengguna Facebook, Kokom atau MR Kokom di Youtube memuat naik sebuah video berupa drama pendek yang menyuntik elemen hukum agama Islam terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Video berjudul “Islam Yahudi – (Bobo dimana)” yang dimuat naik di Youtube pada 23 September lalu ditonton lebih 453,000 kali dan menerima ribuan reaksi positif daripada netizen.

Ramai yang menyifatkan mesej yang disampaikan oleh watak utama dalam video itu, dipercayai Kokom sendiri amat jelas, mudah difahami dan bersifat tulus.

Drama yang turut dilakoni oleh Bazli Hazwan daripada kumpulan Unic menceritakan sejauh mana frasa “terperangkap dalam badan wanita” oleh segelintir golongan transgender disalah guna dan impaknya jika frasa sama turut digunakan dalam sesuatu hubungan atau institusi sosial yang lain.

Dalam pada itu, ia juga memuatkan adengan seorang lelaki berkemeja hitam yang datang menyokong watak transgender menggunakan nama ‘hak’ dan ‘kebebasan individu’ di negara ini.

Watak Kokom pula cuba menjelaskan tujuan dia menasihati ‘rakan’nya bukan untuk menghalang kebebeasan mahupun hak tetapi menerangkan hukum agama dan dosa di sebalik perbuatan tersebut.

Menariknya watak lelaki berkemeja hitam yang bercakap dengan pelat asing akhirnya mengakui dirinya juga seorang Islam turut menerima ‘padah’ daripada kedua-dua watak Kokom dan watak lelaki transgender selepas dikatakan bersikap seperti ‘Islam Yahudi’.

” Ini baru layak dapat trending..deep..semua persoalan dipatahkan dengan sangat bagus..better dari youtuber lain yang buat video semata-mata nak dapat income walaupun sokong/tunjuk bende maksiat/mengajar budak bende tak elok (cam hisap gam). Kau ni memang layak dapat subscribe aku. Kelakar. Ade mesej yang bagus. Video yang sangat menarik..elok share dengan non muslim sekali bagi dia orang faham.. Thumbs up!,” tulis pengguna Youtube, Mr Munzir.

“Kami non muslim pun tidak juga setuju kalau benda-benda yang melanggar agama macam ini… Dalam agama kami tiada yang ajar macam ini…. Cuma orang penganutnya itu sendiri yang melanggar peraturan…..,” tulis pengguna bernama Yanak 93.

“Mantap la idea kokom kali ni. Bagi panas sikit kepada sesiapa yang berkenaan terutama orang Melayu Islam. Nama je Islam tapi perangai macam Yahudi. Bila orang tegur, cuba la dengar sikit. Sampai bila awk nak hidup dekat dunia ini,” soal pengguna, Rozz Muo.

Selain mengenakan lagu Bobo dimana dalam babak pengenalan drama, ia juga diakhiri dengan kenyataan “siapa makan cili dia terasa pedasnya.” – FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.