VIDEO: ‘Saya OK, Alhamdulillah’, Kata Rosmah Mansor Selepas 13 Jam Disoal

PUTRAJAYA – “Syukur…saya OK, Alhamdulillah,” kata isteri kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor selepas hampir 13 jam diambil keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di ibu pejabat SPRM di Putrajaya, hari ini.

Beliau yang kelihatan ceria dan masih sempat tersenyum ketika menjawab ringkas soalan petugas media yang menunggunya sejak pagi.

Rosmah keluar dari perkarangan ibu pejabat SPRM tepat jam 10.45 malam menjadikan beliau individu paling lama disoal siasat dalam masa satu hari oleh SPRM setakat ini.

Terdahulu, Rosmah yang hadir ke ibu pejabat SPRM pada 9.50 pagi dengan menaiki Proton Perdana berwarna hitam dilihat meninggalkan bangunan itu pada 10.40 malam dengan kenderaan sama.

Rosmah dipanggil selepas menerima notis untuk memerintah kehadiran ke ibu pejabat SPRM di kediamannya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur, petang semalam.

Bagaimanapun pihak peguam tidak memberi sebarang komen mengenai sama ada esok akan dipanggil lagi atau sebaliknya, juga terdapat desas-desus mengatakan Rosmah akan didakwa hari ini, namun tiada sebarang pengesahan dibuat SPRM.

One thought on “VIDEO: ‘Saya OK, Alhamdulillah’, Kata Rosmah Mansor Selepas 13 Jam Disoal

  • September 30, 2018 at 4:07 pm
    Permalink

    lepas hukuman tk ok lah ya..terima la apa kau buat dulu ya.. bukan ujian tapi bala salahlaku ok tk ok pun kena dakwa ya..dunia tahu tk leh elak sorok tepis ya.. syukur dapat dakwa parti korup .? sama2 kita tengok hukuman menanti ya..
    takbur bongkak bodoh sombong..padan muka kau!
    .

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.