TMJ Tak Mampu Beli Chelsea, Perlu Minta Bantuan Tun Daim

Oleh: Naimah Shaari

 

KUALA LUMPUR – Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim membalas layangan Tweet seorang lelaki, Zaki Rahman dengan mengatakan tidak mampu untuk membeli pasukan bola antarabangsa, Chelsea selepas diberi cadangan supaya membida pasukan bola tersebut.

Laporan hari ini memberitahu, pemilik Chelsea, Roman Abramovich hanya akan menjual Kelab Liga Perdana Inggeris itu sekiranya menerima tawaran paling tinggi iaitu sebanyak RM16.5 bilion.

Kata TMJ, beliau tidak mempunyai jumlah wang sebanyak itu untuk dibelanjakan.

Sebaliknya, beliau menyatakan secara sinis perlu meminta bantuan seorang ahli perniagaan yang juga bekas Menteri Kewangan Malaysia, Tun Daim Zainuddin untuk membelikan pasukan bola tersebut.

Bukan itu sahaja, kata TMJ, Tun Daim mampu juga untuk membeli seluruh kelab Madrid secara tunai jika dia mahu.

Rata-rata pelayar Tweet membalas Tweet TMJ dengan mengatakan status beliau itu sebagai ‘padu’.

Malah, ada juga yang membalas mengatakan Tun Daim juga mampu untuk membeli FIFA dan 10 kelab bola Eropah yang ada.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.