Rosmah Tiba Di SPRM

PUTRAJAYA: Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, tiba di bangunan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, pada jam 9. 50 pagi tadi selepas dipanggil badan siasatan rasuah itu untuk menghadirkan diri bagi membantu siasatan, hari ini.

Beliau dilihat masuk ke perkarangan ibu pejabat SPRM dengan menaiki sebuah kenderaan jenis PROTON Perdana berwarna gelap dengan diiringi dua dua kenderaan awam.

Beliau yang memakai sepasang baju kurung berwarna hijau berbunga emas dan tudung hijau kemudian masuk ke lobi ibu pejabat SPRM dengan diiringi beberapa kakitangan SPRM.

Rosmah dipanggil selepas menerima notis untuk memerintah kehadiran ke ibu pejabat SPRM di kediamannya di Jalan Langgak Duta, di sini, petang semalam.

Menurut sumber, tindakan memanggil Rosmah adalah bagi membolehkan siasatan selanjutnya berhubung lebih 20 pertuduhan jenayah yang kebanyakannya membabitkan kes pengubahan wang haram. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.