Republik Malaysia, Ali Jalil Mahu Halau Raja-Raja Melayu

SHAH ALAM – Aktivis politik, Ali Abd Jalil sekali lagi bertindak keterlaluan apabila mahu menghalau Raja-Raja Melayu daripada istana apabila konsep Republik Malaysia dilaksanakan.

Dalam status terbarunya di laman sosial Facebook, Ali berkata sebaik saja negara ini diisytiharkan sebagai Republik Malaysia, Raja-raja Melayu akan diminta mengosongkan istana masing-masing, selain hak yang diperuntukkan kepada mereka selama ini terlucut serta-merta.

 

 

“Semua peruntukan untuk raja raja Melayu dan kerabatnya akan diagihkan untuk bantu orang miskin dan ibu tunggal..Bermula saat itu, tiada satu sen pon wang rakyat akan diberi kepada sultan..Sultan harus bayar sendiri bil mereka,” tulisnya.

Beliau berkata, Republik Malaysia mengamalkan kesamarataan dan tidak ada pemisahan kelas sosial. 

“Tiada lagi pemisahan class dalam social hierarchy masyarakat..kes rogol dan jenayah Sultan Johor akan disiasat di mahkamah jujur dan amanah. Transparensi antarabangsa diberi ruang seluasnya luasnya untuk keadilan,” tulisnya lagi.

Status itu mendapat kecaman netizen yang meminta aktivis berkenaan tidak lagi mempertikaikan sistem serta institusi beraja. 

 

 

Ali sebelum ini menerusi laman Facebooknya m mengutuk dan menghina Institusi Raja-raja Melayu dengan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Yang di- Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dan Raja Perlis, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Ali sebelum ini dilaporkan lari ke luar negara pada 2014 untuk mengelak dikenakan pendakwaan atas kesalahan menghasut. Dia melarikan diri ke Sweden empat tahun lalu selepas ditahan kerana mengkritik kerabat diraja Johor.

Amnesty International Sweden dilaporkan memberi sokongan kepada Ali dan menasihatinya untuk mendapatkan suaka politik mengikut saluran undang-undang.

Jabatan Imigresen kemudiannya bertindak membatalkan pasport Malaysia yang dimiliki oleh Ali. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.