PM Sweden Letak Jawatan Selepas Gagal Dapat Undi Percaya Di Parlimen

STOCKHOLM – Perdana Menteri Sweden, Stefan Lofven, hilang undi percaya di Parlimen semalam, yang bermakna beliau terpaksa meletak jawatan, tetapi pembentukan kerajaan baru masih samar susulan tiada parti menguasai majoriti.

Undian pada 9 September lalu memberikan blok politik diketuai Lofven sebanyak 144 kerusi lebih satu daripada yang diperoleh pembangkang, Alliance.

Sementara Sweden Democrats yang antipendatang dengan 62 kerusi, juga menyokong undian menyingkirkan Lofven.

Penganalisis menjangka Speaker Parlimen akan memilih pemimpin Parti Moderate, parti Alliance terbesar, Ulf

Kristersson untuk membentuk kerajaan baru.

Dengan Alliance cuma minoriti, beliau memerlukan sokongan sama ada daripada Sweden Democrats, yang dipinggirkan semua pihak sejak ia memasuki Parlimen pada 2010 atau parti berhaluan sederhana.

Parti Social Democrats pimpinan Lofven menolak menyokong kerajaan Alliance.

Pemimpin Sweden Democrats, Jimmie Akesson, mengulangi hari ini partinya akan menumbangkan mana-mana kerajaan yang tidak menyatakan pendirian mengenai imigresen, penjagaan kesihatan, pencen dan dasar jenayah.

“Jika Ulf Kristersson mahu menjadi Perdana Menteri ia cuma akan berlaku dengan bantuan saya,” kata Akesson kepada televisyen Sweden.

Pakatan parti berhaluan sederhana, liberal dan Christian Democrats berkata ia tidak akan berunding dengan mereka.

Lofven akan mengetuai kerajaan peralihan sehingga pentadbiran baru dibentuk. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.